Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Singkirkan Lemak Degil Dengan Suplemen Kesihatan

LAC LeanCut® Series membolehkan anda mencapai matlamat kesihatan dan mempertingkatkan kesihatan anda tanpa perlu berpuasa dengan menghapuskan lemak degil secara berkesan tanpa mengira saiz badan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 2:56PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Body positivity bermakna setiap individu seharusnya mempunyai imej tubuh yang positif tanpa mengira jenis dan saiz, serta berasa yakin dengan tubuh mereka sendiri. Dalam masa yang sama mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh. 

Anda silap jika menganggap kurus adalah simbol kecantikan. Kecantikan yang sebenar haruslah datang dari luar dan dalam. Jika kurus, tetapi kesihatan tubuh bukan di tahap  terbaik, itu tidak mencerminkan kecantikan.

Hakikatnya, mereka yang berbadan kurus juga mungkin mengalami masalah kesihatan yang sama dengan mereka yang obes.

‘Kurus berlemak’, adalah satu istilah popular yang menerangkan keadaan perubatan sebenar yang dikenali sebagai  ‘obesiti sarcopenic’.

Lemak viseral terbentuk apabila anda jarang bersenam dan mengamalkan diet yang tidak seimbang. Ini boleh terjadi walaupun anda berbadan kurus serta mempunyai ukur lilit perut yang langsing. 

Lemak viseral adalah sejenis lemak degil yang menyaluti organ-organ di bahagian abdomen yang boleh mengakibatkan penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser tertentu apabila ia terkumpul secara berlebihan. 

Kurus berlemak pula merujuk kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) normal tetapi mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi, seterusnya meningkatnya risiko untuk mengalami penyakit jantung, diabetes, strok dan peningkatan kolesterol yang tinggi.

Dek kerana itulah, setiap individu perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Amalkan diet seimbang, senaman secara rutin dan lakukan aktiviti yang boleh meraih kegembiraan.

Untuk pemakanan, anda juga boleh mengambil suplemen kesihatan untuk membantu mendapatkan tahap kesihatan optimum. Namun, perlu diingatkan dapatkan nasihat pakar sebelum mengamalkannnya. Terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan.

Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang sedang berusaha menyingkirkan lemak degil dari tubuh badan, kini terdapat dua produk suplemen kesihatan daripada LAC yang boleh membantu. 

LAC, Leader in Antioxidative Control™ diasaskan untuk memberi penyelesaian kepada kesihatan harian dan kesejahteraan anda. Ia membantu anda mencapai penampilan, perasaan dan fungsi yang terbaik dalam kehidupan harian, supaya anda kelihatan hebat, terus sejahtera dan hidup dengan lebih baik.

Dihasilkan dengan wawasan untuk membentuk body positivity dengan menggalakkan gaya hidup yang sihat dan bertenaga sebagai ukuran baharu bagi kecantikan.

LAC LeanCut® Series membolehkan anda mencapai matlamat kesihatan dan mempertingkatkan kesihatan anda tanpa perlu berpuasa dengan menghapuskan lemak yang degil dan tersembunyi secara berkesan tanpa mengira saiz badan.

LAC LeanCut® Series membantu mengawal badan anda untuk mencapai pandangan yang positif terhadap imej selain meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan.

Produk ini menyasarkan pengurangan lemak viseral agar ia dapat meningkatkan keyakinan diri, supaya anda boleh tampil hebat.  Dalam masa yang sama memberi peluang untuk anda menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Penghapus Lemak Perut

Bukan mudah untuk menghilangkan lemak pada bahagian-bahagian tertentu di badan anda, malah boleh dikatakan mustahil untuk mencapainya walaupun dengan senaman yang menyasarkan bahagian tertentu seperti perut. 

Namun, LAC LeanCutTM Belli Lean™ boleh menyasarkan pengurangan lemak yang spesifik di bahagian perut, mempercepatkan metabolisme lemak dan membakar lemak viseral.

Dirumus dengan Trigliserida Rantai Sederhana (MCTs) dan campuran khusus ekstrak herba yang berkesan untuk menurunkan berat badan seperti ekstrak bulu jagung, ekstrak lemon balm, ekstrak daun red vine, ekstrak daun lotus dan ekstrak daun eucommia, LAC LeanCut™ Belli Lean™ mempercepatkan penukaran makanan kepada tenaga, mengurangkan penyimpanan lemak, dan membantu anda rasa kenyang.

Dengan itu, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada lemak di perut!

 

Manfaat cuka epal 

Berabad lamanya, Cuka Epal (ACV) telah digunakan untuk kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh. LAC LeanCut® Apple Cider Vinegar dalam bentuk ‘gummies’ berperisa epal boleh membantu penghadaman dan penyingkiran bahan kumuh, mengekalkan tahap glukosa dalam darah yang sihat dan mengawal selera makan

Dirumus dengan Vitamin B6 & B12, LAC LeanCut® Apple Cider Vinegar mengandungi 5% bahan aktif iaitu asid asetik untuk membantu penurunan berat badan secara sihat.

Di samping membersihkan dan menyahtoksinkan badan anda, ia juga mengawal metabolisme glukosa yang sihat semasa atau selepas mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat untuk meningkatkan  tenaga dan mengawal selera makan dengan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. 

Setiap hidangan mempunyai kandungan ACV yang tinggi iaitu 1,000mg ACV yang mengandungi ibu cuka. Ia bahan semulajadi unik yang hanya terdapat dalam cuka organik mentah terhasil secara semulajadi dari rantaian molekul enzim protein dan dianggap berharga kerana manfaatnya dari segi kesihatan dan nutrisi.

Pengawalan berat badan kini lebih sihat, enak dan mudah dengan LAC LeanCut® Series. Zahirkan penghargaan kepada tubuh anda dengan mengekalkan paras lemak yang lebih sihat untuk meningkatkan fungsi badan, kerana kesihatan yang baik adalah cara yang terbaik untuk menunjukkan rasa sayang dan penghargaan terhadap tubuh anda. 

Kedua-dua produk ini boleh didapati di semua kedai LAC dan GNC. Untuk maklumat lanjut, sila layari lacworldwide.com.my. - Getaran, 7 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

Selera 11 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Sertai Peraduan Vogue Challenge, Norish Karman Minta Haneesya Hanee Kurangkan Berat Badan

4

Selera 11 bulan yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi