Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Seputar Selera Minggu Ini

Kami kongsikan perkembangan terbaharu tentang aneka jenama makanan di Malaysia.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 11:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menarik Seputar Selera minggu ini dimulakan dengan pelancaran sebuah produk minuman yang berasaskan oat jenama Oatside, sebuah perniagaan yang bernama Burgerthis yang menjual burger ala barat serta pek makanan segera yang sesuai untuk aktiviti lasak jenama Kembara.

 

Oatside

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Oatside merupakan sejenis minuman berasaskan oat dari Singapura dan kini dipasarkan di Malaysia. 

Ia dilancar pada 17 Februari 2022  dan boleh didapati di pasar raya yang terpilih seperti di Jaya Grocer, Village Grocer dan beberapa tempat lagi termasuk Aeon. 

Istimewanya produk ini, oat yang digunakan berasal dari Australia. 

Oat adalah makanan bijirin yang kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu menyihatkan tubuh badan. 

Selain itu, kepada penggemar-penggemar minuman kopi atau teh, anda disarankan untuk mencampurkan susu berasas oat ini kerana ia akan menghasilkan rasa yang berkrim dan tidak muak. 

Malah produk ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu bahan untuk membuat kek dan biskut. 

Terdapat tiga perasa yang dikeluarkan iaitu perisa asli yang amat sesuai digunakan untuk minuman barista yang berasaskan kopi atau teh. 

Kedua perisa campuran coklat yang 100 peratus diakui menggunakan biji koko premium berasal dari Indonesia dan Afrika untuk menghasilkan rasa yang enak. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai minuman pagi semasa sarapan. 

Ketiga, perisa campuran coklat bersama kacang hazel yang ditanam di Turki. Bagi perisa ini, penulis merasakan ia sesuai untuk dicampurkan bersama minuman mocha, cappucino atau diminum begitu sahaja. 

Ini kerana perisanya mempunyai sedikit rasa pahit  di hujung lidah. Namun perisa yang lain juga enak diminum begitu sahaja tanpa mencampurkan dengan bahan yang lain. 

Secara keseluruhan, produk Oatside mempunyai rasa yang premium dan sesuai dijadikan sebagai minuman rutin untuk kesihatan badan

 

Burgerthis

Gambar: Instagram @burger. this
Gambar: Instagram @burger. this

Burgerthis merupakan sebuah perniagaan yang dicipta oleh anak tempatan dan ia hasilkan dari rumah sahaja. 

Mula buka pada awal Mac 2021 semasa fasa pertama perintah kawalan pergerakan (PKP). 

Perniagaan ini mendapat sambutan yang ramai dalam kalangan warga Kuala Lumpur. Sajian yang ditampilkan merupakan makanan berasaskan daging burger. 

Menu utama yang menjadi tanda aras perniagaan ini dipanggil smashburger di mana kepingan daging burger tersebut akan dipenyekkan dengan teknik masakannya tersendiri serta dihiasi dengan bawang karamel dan sos buatan sendiri. 

Selain itu, terdapat juga menu lain seperti sosej, mushroom burger, ribeye burger dan banyak lagi. 

Menariknya, setiap menu yang dipesan, Burgerthis menawarkan tambahan kepingan keju tanpa had secara percuma mengikut cita rasa pelanggan. 

Anda boleh memesannya melalui aplikasi penghantar makanan yang sedia ada atau boleh menempahnya terlebih dahulu jika kuantiti melebihi 10 unit. 

Namun pesanan tersebut terhad kepada beberapa kawasan utama Kuala Lumpur seperti Keramat, Cheras dan beberapa tempat lagi. Ia dibuka setiap hari Sabtu sahaja buat masa ini. 

Anda juga boleh hadir ke lokasi perniagaan mereka bertempat di 1 Jalan AU2A/3, Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur untuk mendapatkannya sendiri. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman Facebook Burgerthis.

 

Kembara Meals

Gambar: Instagram @kembarameals
Gambar: Instagram @kembarameals

Kembara Meals adalah sebuah produk anak tempatan yang menyediakan menu kegemaran rakyat Malaysia di dalam pek bungkusan yang ringan serta mudah dibawa kemana-mana sahaja. 

Menu ini menjadi popular dalam kalangan penggemar aktiviti hutan, pengembara, lasak, pendaki gunung dan lain-lain. 

Menariknya produk ini menyediakan menu yang siap untuk dihidang dalam masa yang singkat. Hanya perlu membuka pek makanan tersebut, masukkan air panas di dalamnya dan biarkan ia selama 10 minit, kemudian siap untuk dimakan. 

Produk sudah ada di pasaran sejak 2017 dengan tiga menu yang sering menjadi kegemaran ramai iaitu, nasi lemak rendang ayam, nasi tomato ayam merah, nasi hujan panas kambing kuzi dan nasi pilaf rendang daging. 

Malah, kini pek Kembara Meals ini telah melancarkan tiga lagi menu baharu yang berasaskan nasi goreng iaitu nasi goreng paprik daging, nasi goreng tom yam ayam dan nasi goreng kampung. 

Anda boleh mendapatkannya menerusi ejen di seluruh Malaysia atau boleh menbelinya melalui laman sesawang rasmi Kembara.

Selamat mencuba dan menjamu selera. - Getaran, 21 Februari 2022


 

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Kembara Bakar Semula Semangat 80-an Di Konsert Kembara: Panorama Jingga

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Lagu Dewa 19 Buat Namron Tertarik Untuk Dekatkan Diri Dengan Allah

3

Selera 1 tahun yang lalu

Seputar Selera Minggu Ini

4

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Item Fesyen Untuk Kembara Yang Bergaya

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi