web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Eksport Pes Cili Merah Korea Melonjak 63 Peratus Gara-Gara K-Pop

Eksport pes cili merah Korea Selatan melonjak hampir 63 peratus sepanjang empat tahun lalu berikutan populariti global budaya pop Korea (K-pop).

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 5:40PM

Gambar Hiasan, AFP dan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Eksport pes cili merah Korea Selatan melonjak hampir 63 peratus sepanjang empat tahun lalu berikutan populariti global budaya pop Korea (K-pop), lapor Agensi Berita Yonhap berdasarkan data yang dikeluarkan pada Ahad.

Eksport pes cili merah yang disebut 'gochujang' dalam bahasa Korea, mencecah US$50.93 juta pada 2020, meningkat 62.6 peratus berbanding 2016 dan 35.2 peratus daripada 2019, menurut data dari Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp. dan Kementerian Pertanian.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, eksport pes cili merah dilihat melonjak apabila lebih ramai warga asing berminat dengan makanan Korea selepas menonton bintang K-pop, seperti BTS, serta pendedahan lebih lagi kepada budaya Korea menerusi perkhidmatan kandungan melalui internet, kata syarikat negara itu.

Pakar berkata, Gelombang Korea yang dicetuskan oleh drama dan TV K-pop boleh menarik peminat di negara asing menjadi pengguna aktif produk Korea Selatan.

Menurut Yonhap, Amerika Syarikat merupakan pasaran terbesar dengan jumlah eksport 26.4 peratus, diikuti China dengan 17.3 peratus dan Jepun dengan 10.3 peratus.

Eksport ke Filipina dan Kanada masing-masing menyumbang enam peratus dan 4.3 peratus.

Data juga menunjukkan eksport pes kacang soya 'doenjang' juga melonjak kepada US$11.72 juta pada 2020, meningkat 44.8 peratus daripada 2016. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden