Berita Terkini

7 jam yang lalu: Penang SMART parking dijangka beroperasi seperti biasa 6 pagi Khamis 7 jam yang lalu: 97.3 peratus KIR berdaftar di PPS sudah terima BWI 7 jam yang lalu: Pelekat RFID rosak: Pengguna boleh dapat gantian secara percuma - PLUS 7 jam yang lalu: 35 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Pulau Pinang, dipadamkan 11 jam yang lalu: Bayaran one-off RM500 kepada penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara yang layak bermula Jun ini hingga Disember - Bukit Aman

IKUTI KAMI


Musim Tengkujuh : Rezeki Peniaga 'Nasi Pagi' Masih Tidak Putus

Walaupun beberapa kawasan di Kelantan masih lagi dilanda banjir dan hujan lebat, ia tidak mematahkan semangat peniaga untuk membuka kedai mereka menjual aneka rasa 'nasi pagi' kepada pelanggan.

Selera Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jan 2022 8:30AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah menjadi kelaziman khususnya rakyat Kelantan apabila tiba waktu sarapan mereka akan mencari pelbagai jenis 'nasi pagi' sebagai pembuka selera seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang, nasi gulai ayam dan sebagainya.

Walaupun beberapa kawasan di negeri itu masih lagi dilanda banjir dan hujan lebat, ia tidak mematahkan semangat beberapa peniaga di sekitar Kuala Krai untuk terus membuka kedai mereka menjual aneka rasa 'nasi pagi' kepada pelanggan.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati rata-rata peniaga 'nasi pagi' di sekitar jajahan ini tidak menang tangan melayan kehadiran pelanggan seawal pukul 6.30 pagi.

Seorang peniaga yang ditemui di Kampung Tengah, Nor Zakira Imana Nor Aziz, 30, berkata perniagaan yang diusahakan sejak dua tahun lepas semakin mendapat permintaan ramai walaupun pada musim tengkujuh.

"Apabila saya bangun tidur pukul 4 pagi, perkara pertama yang saya fikir hujan atau tidak sebab sekiranya hujan saya boleh membuat anggaran lauk dan nasi yang akan dijual supaya tidak membazir.

"Walaupun jualan tidaklah serancak ketika musim cuaca panas, tetapi rezeki jualan saya tidak pernah putus, sentiasa didatangi pelanggan untuk membeli pelbagai jenis nasi pagi kegemaran mereka," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Zakira Imana yang dibantu suaminya Hafizan Mohd Noor, 39, berkata beliau akan sentiasa memastikan makanan yang disediakan dan kawasan sekeliling bersih serta tidak kotor untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.

"Biasalah bila musim hujan ini, persekitaran kedai akan berbeza sedikit sebab pelanggan yang datang ada yang menggunakan payung, pijak tanah yang berselut dan sebagainya.

"Saya amat memahami situasi ini tetapi saya akan pastikan keadaan kedai saya ini sentiasa bersih dan tidak kotor," katanya yang menambah keuntungan jualan mencecah sekitar RM200 sehari.

Selain itu, bagi peniaga nasi pagi di Kampung Kenor Zuraidah Ismail, 50, pula beliau sangat bersyukur walaupun musim hujan, gerai yang diberi nama ibunya Siti Khadijah Dollah masih dikunjungi pelanggan yang setia meluangkan masa untuk makan dan minum di gerainya.

"Jika bukan musim tengkujuh saya akan untung lebih RM100 sehari tetapi apabila musim hujan ini keuntungan saya akan mengalami sedikit pengurangan.

"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur sebab semua nasi, lauk-pauk dan kuih-muih yang dijual habis dibeli pelanggan," katanya yang telah membuka gerai nasi pagi itu lebih 10 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Klinik Swasta Antara 4 Individu Ditahan Disyaki Palsukan Kad Vaksinasi COVID-19

2

Semasa 2 hari yang lalu

Disembunyi Dalam Proton Exora, 248 Kilogram Ganja Mampat Dirampas

3

TARA 3 hari yang lalu

Mimbar Masjid Kampung Laut Tertua Di Malaysia

4

Semasa 5 hari yang lalu

Sarawak, Sabah Diramal Hujan Berterusan Hingga Esok

Sorotan

1

Pencarian Kanak-Kanak Orang Asli Masuk Hari Ke- 6

2

Pengaruh Kawan Punca Utama Individu Ambil Dadah

3

Menjengah Butik Indigo Pertama Di Malaysia!

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Menjengah Butik Indigo Pertama Di Malaysia!

oleh Zaidi Che

Teknovasi 11 jam yang lalu

Lima Kes Godam Terbesar Dunia

Ketahui lima kes godam terbesar dunia didalangi kumpulan penggodam Anonymous yang ditubuhkan pada 2003.

oleh Izwan Ramlan

Gaya 1 hari yang lalu

Vulan Cetusan Idea Tiga Sekawan

Di Malaysia, mereka yang bersaiz besar selalunya berhadapan masalah apabila ingin bergaya. Koleksi yang ada agak terhad. Tapi kini, ada Vulan yang boleh jadi pi...

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Pelitup Muka: Antara Berpelindungan Maksimum Atau Tidak, Tepuk Dada Tanya Selera