web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anti Oksidan Untuk Perlindungan Badan Menyeluruh

Badan kita menghasilkan anti oksida dengan sendirinya, tetapi apabila usia semakin meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan anti oksida akan berkurangan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 2:35PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam menjalani rutin harian yang sibuk untuk memenuhi keperluan kerja dan rekreasi, ramai di antara kita sering mengabaikan masa untuk merehatkan diri.

Tindakan ini akan mendedahkan kita kepada radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan mengakibatkan sistem dalaman menjadi tidak seimbang. 

Pendedahan yang berlebihan kepada radikal bebas, yang dikenali sebagai tekanan oksidatif, boleh menyebabkan perubahan rupa yang dikaitkan dengan usia seperti kurangnya keanjalan kulit, kedutan dan peredaran darah yang kurang lancar yang boleh mengakibatkan penuaan pramatang.

Untuk membantu mengatasi tanda-tanda penuaan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif, perkara yang paling utama ialah untuk melindungi dan menyokong sistem semula jadi badan dan membuat persediaan untuk masa akan datang. 

Memang benar, badan kita menghasilkan anti oksida dengan sendirinya, tetapi apabila usia semakin meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan anti oksida akan berkurangan. Atas alasan inilah kita memerlukan anti oksida daripada sumber luaran. 

Anti oksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan.

Bahan anti oksida termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene), selenium, vitamin C dan vitamin E.

Ini bermakna, diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan sangat membantu untuk melawan radikal bebas dan boleh menambah baik tahap kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan secara umumnya. 

Selain itu, pemakanan tambahan atau penggalak anti oksidan juga boleh diambil.  Anti oksidan yang ditambahkan ke dalam diet telah terbukti dapat menstabilkan radikal bebas dan membebaskan tubuh daripada tekanan oksidatif. 

Jenama makanan tambahan kesihatan, LAC memperkenalkan LAC Masquelier’s® French Pine Bark Extract, penggalak imun unggul yang memanfaatkan ciri-ciri anti oksidan dari pokok pain Perancis untuk perlindungan badan secara menyeluruh.

French Pine Bark Extract oleh LAC Masquelier’s® merupakan Sebatian Oligomeric Proanthocyanidin (OPCs) yang pertama di dunia yang dikaji secara meluas dan terbukti secara saintifik.

Ia merupakan penemuan inovatif oleh saintis Profesor Jack Masquelier. 

Dikenali sebagai anti oksidan semula jadi yang unggul, setiap tablet mengandungi 100mg OPCs Tulen oleh MASQUELIER's® dan Ekstrak Kulit Pokok Pain Perancis.

Di samping itu, ia juga terbukti mengandungi 85% bahan aktif (flavanol dalam bentuk tunggal dan oligomerik), iaitu antara yang tertinggi di pasaran, yang amat penting untuk kesihatan kulit dan salur darah.

Kompleks OPCs yang unik dan kaya yang terkandung di dalam setiap tablet membantu anda memenuhi keperluan dos anti oksidan anda dengan mudah menerusi tindakan perlindungan tiga hala yang selamat dan unik:

* Meneutralkan radikal bebas dalam tubuh untuk melambatkan penuaan

* Memperbaiki peredaran darah secara keseluruhan dan mempercepatkan aliran keluar bahan kumuh dari badan

* Menguatkan dan mengekalkan kolagen supaya kulit lembut dan anjal 

Anda hanya perlu mengambil satu hingga dua tablet sehari dengan segelas air atau jus buah-buahan, cukup mudah untuk mendapatkan dos anti oksidan yang secukupnya bagi meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

LAC Masquelier’s® French Pine Bark Extract disahkan bebas yis, gandum, jagung, susu, telur, soya, gluten, derivatif haiwan, gula, kanji, pewarna tiruan dan pengawet, di samping mesra vegan.

Ia boleh didapati di semua kedai GNC dan LAC, serta di kedai e-dagang LAC. - Getaran, 13 Disember 2021

Gambar: lacworldwide.com.my / pexel.com

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aktif Berniaga, Zulin Aziz Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan? 

2

TARA 4 tahun yang lalu

Rawatan Anti Penuaan Tanpa Surgeri

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN