Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Makan dan Minum Ikut Cara Nabi Untuk Kesihatan Sejahtera

Rasulullah SAW mengajar bukan sahaja setakat memilih makanan tetapi juga cara dan adab makan serta minum. Ketahui adab makan dan minum yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 8:36AM

Gambar: Anna Tarazevich, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu kenikmatan dunia adalah makanan yang lazat. Namun, itu bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja. Pemakanan yang tidak sihat atau tidak terkawal hanya akan mengundang kemudaratan kepada tubuh badan.

Amalan pemakanan yang tidak baik terbukti boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan kanser.

Dalam satu persidangan kesihatan, satu kajian yang dibentangkan menyatakan, salah satu penyebab manusia menghidap penyakit kronik pada zaman ini adalah budaya makan lewat malam.

Sebelum tidur, masih mengambil makanan berat seperti nasi. Makanan itu tidak sempat hadam kerana secara purata, tempoh minimum untuk makanan dihadam adalah dua jam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadat). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Nabi Muhammad SAW adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan. 

Rasulullah SAW mengajar bukan sahaja setakat memilih makanan tetapi juga cara dan adab makan serta minum. Ketahui adab makan dan minum yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

1) Mencuci tangan sebelum makan

Membasuh tangan sebelum makan dapat membersihkan segala kotoran yang ada pada tangan dan seterusnya dapat mengelakkan penyakit.

2) Membaca basmalah dan doa sebelum makan

Memulakan makan dengan doa akan mendatangkan berkat.

Makanan yang berkat akan memberi tenaga dan tenaga yang berkat ini akan digunakan untuk kesihatan diri dan kebajikan.

3) Makan dengan tiga jari tangan kanan

Menggunakan tiga jari kanan mengecilkan saiz suapan dan seterusnya makanan dapat dikunyah dengan sempurna.

Menurut satu  artikel yang diterbitkan dalam Media Indonesia pada Oktober 2010, makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan kerana jari akan mengeluarkan enzim yang dapat mengawal aktiviti bakteria sehingga ke tahap minima dalam sistem pencernaan.

Ini mampu menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh perut.  

4) Duduk dengan baik, tegap dan tidak bersandar

Posisi ini memudahkan makanan turun serta dihadam dengan sempurna.

5) Bersikap sederhana dan tidak berlebihan ketika makan

Rasulullah SAW tidak pernah makan hingga terlalu kenyang, tidak makan lagi sesudah kenyang dan tidak makan melebihi sepertiga perut kerana sepertiga lainnya adalah untuk minuman dan udara (nafas). Dengan erti lain Rasulullah SAW makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

6) Mulai makan dari hidangan atau bahagian yang terdekat dengan kita

Selain kelihatan lebih sopan, tenang dan tidak rakus, tindakan ini juga boleh memudahkan kita memperolehi keberkatan makanan tersebut.

7) Tidak memenuhkan mulut dengan makanan yang terlalu banyak supaya nampak sopan dan tidak kelihatan gelojoh.

8) Tidak banyak bercakap ketika sedang makan bagi mengelakkan makanan daripada terkeluar dan menampakkan sikap tidak sopan atau rakus.

9) Makan bersama-sama dengan ahli keluarga dan sahabat (tidak makan bersendirian) agar ikatan silaturahim bertambah erat serta menambahkan keberkatan makanan.

10) Tidak mengeluarkan suara keras ketika sedang mengunyah makanan (makan berbunyi). Ini untuk mengelakkan gangguan kepada orang lain.

11) Tidak mengawasi dan melihat orang yang sedang makan

Mengelakkan orang yang diawasi daripada merasa terganggu atau malu dan menjejaskan selera makan mereka.

12) Habiskan makanan di pinggan

Memupuk sikap terpuji iaitu tidak membazir serta mendapat keberkatan makanan.

13) Tidak mencela atau mencemuh makanan yang tidak disukai

Jika Rasulullah SAW tidak berselera, baginda akan meninggalkan makanan tanpa mencela makanan tersebut.

Cacian terhadap makanan boleh mengurangkan keberkatan yang Allah SWT berikan dalam makanan tersebut dan memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh sekiranya makanan tersebut dimakan.

14) Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas serta tidak meniup makanan dan minuman yang panas

Mengelakkan kita mengambil minuman yang tercemar dengan karbon dioksida hasil daripada hembusan nafas ke dalam minuman.

15) Menutup bekas makanan dan minuman bagi mengelakkan makanan dan minuman daripada tercemar.

16) Menjilat makanan yang tersisa di jari-jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) ketika suapan terakhir

Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa dengan menjilat jari setelah selesai makan, jari akan mengeluarkan enzim yang sangat membantu kelancaran proses pencernaan.

17) Setelah selesai makan, bacalah, “Alhamdulillah”

Menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT terhadap makanan dan minuman yang telah dikurniakan. 

18) Cuci tangan setelah selesai makan

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk mencuci tangan sebelum dan sesudah makan supaya terhindar daripada kuman dan penyakit.

19) Tidak meninggalkan makan malam

Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan makan malam. Barang siapa yang meninggalkan makan malam dia akan dimamah usia dan tahap kolesterol dalam darah akan meningkat.

Makan malam adalah sebelum Maghrib iaitu lebih kurang jam 7.00 malam. - Getaran, 6 Disember 2021

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Gambar Hiasan : Unsplash dan Pexels

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Kampung Lah Gamit Memori Di Kampung, Saji Masakan Asli Negeri Sembilan

2

Selera 1 bulan yang lalu

Asam Pedas London Sedia Menu Kampung, Ada Cabutan Bertuah Setiap Hari

3

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki