web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Resipi Mudah Dan Menyelerakan Menggunakan Kicap Jepun

Menyediakan hidangan kegemaran di rumah mungkin dianggap renyah bagi sesetengah orang. Tetapi, jika anda temui ‘rahsianya’, semua akan menjadi mudah.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 2:41PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyediakan hidangan kegemaran di rumah mungkin dianggap renyah bagi sesetengah orang. Tetapi, jika anda temui ‘rahsianya’, semua akan menjadi mudah.

Memasak bukan lagi hanya untuk mereka yang mahir di dapur tetapi ia untuk semua. Buktinya, terdapat lambakan resipi mudah yang boleh anda dapat di hujung jari. 

Selain dicipta oleh cef-cef ternama, ramai juga individu yang berkongsi idea. Semuanya kerana kita hidup dalam era mengejar masa. Semuanya mahu bergerak pantas. Begitu juga dengan urusan menyediakan makan. Ia berevolusi. 

Wakil media gembira dapat berguru dengan Cef Jeff Ramsey.
Wakil media gembira dapat berguru dengan Cef Jeff Ramsey.

Baru-baru ini, jenama kicap dari Jepun, Hamadaya menganjurkan satu sesi demontrasi masakan bersama media bagi menyediakan dua resipi mudah.  

Resipi yang menggunakan kicap yang diperakui halal oleh JAKIM ini dikongsi oleh cef bertaraf Michelin-Star, Cef Jeff Ramsey.

Meskipun cara penyediaan dua resipi ini mudah serta tidak mengambil masa yang lama, rasanya sangat lazat. Cef Jeff Ramsey berjaya memikat selera semua rakan media yang hadir di acara anjuran Hamadaya itu. 

Jom semak resipi berikut dan cubalah sendiri di rumah.

Ahi Poke Dengan Kicap Hamadaya  

Bahan-bahan:

¾ cawan tuna yang dipotong kiub (1.5 cm x 1.5 cm)

1 ½ sudu besar bawang manis

1 sudu besar Ogo Nori

½ sudu besar bijan yang dipanggang

2 sudu kecil minyak bijan

2 sudu kecil Hamadaya Japanese Seasoning Soy Sauce

1 sudu kecil Shichimi Togarashi

2 sudu kecil daun bawang dihiris

2 sudu besar Kizami Nori

Penyediaan:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan perap selama 5 minit.

2. Letakkan secawan nasi putih atau nasi sushi di dalam mangkuk, ratakan dan letakkan perapan tuna yang telah diperap tadi di atas nasi.

3. Sedia dihidangkan.

Tiram Perapan Minyak Zaitun

Bahan-bahan:

15 keping tiram

1 sudu kecil Hamadaya Japanese Oyster Essence Sauce

½ sude kecil Hamadaya Reduced Salt Soya Sauce

Seulas bawang putih diketuk

Sehelai daun salam (bay leaf)

1 sm cili merah kering

½ cawan minyak zaitun extra virgin

1 tangkai thyme

4 biji ketumbar

Penyediaan:

1. Cuci tiram menggunakan air yang ditambah sedikit garam (100 gram air dicampur dengan 5 gram garam) sebanyak tiga kali.

2. Tapis dan keringkan dengan menggunakan kertas tisu.

3. Gorengkan tiram dengan sedikit minyak zaitun sehingga ia gebu dan mengeluarkan banyak air. Masak dengan menggunakan api atau suhu tinggi.

4. Buangkan air, perlahankan api atau suhu dan masukkan bawang putih, thyme, ketumbar dan Hamadaya Japanese Oyster Essence Sauce.

5. Masak selama seminit dan padamkan api. Jangan terlebih masak.

6. Masukkan ke dalam botol kaca dan tuangkan minyak zaitun sehingga menutupi tiram yang telah dimasak.

7. Tutup botol dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk atau chiller selama seminggu. 

8. Hidangan ini sedia dimakan selepas beberapa hari. Tetapi perapan selama seminggu sangat digalakkan. Boleh dicampur ke dalam inti sandwich, hidangan pasta, telur dadar dan banyak lagi. Habiskan dalam masa 2 minggu.

Selamat mencuba! - Getaran, 15 November 2021

Gambar: Hamadaya

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Selera 2 tahun yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN