web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Poke Bowl' Sihat Berwarna-Warni Pikat Selera

Siapa yang menganggap hidangan sihat itu membosankan, ternyata anda salah! Belum cuba, belum tahu. Percayalah restoran 'poke bowl' ini mampu mengubah persepsi anda tentang makanan sihat.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 9:01AM

Gambar: Instagram Kubis & Kale

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi mereka yang mencintai makanan sihat, ringan dan lazat, mungkin anda sudah tahu tentang lokasi selera yang satu ini. 

Terletak di Bandar Sunway, Kubis & Kale yang mula dibuka secara rasmi pada September 2019 ini menghidangkan poke bowl berwarna-warni untuk dinikmati tanpa rasa bersalah. 

Membawa tagline, ‘Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl’, kafe yang diasaskan oleh Chef Aaron Lim ini tidak kalah dengan rasa biarpun setiap hidangan dimasak secara sihat.

Siapa yang menganggap hidangan sihat itu membosankan, ternyata anda salah! Belum cuba, belum tahu. Percayalah Kubis & Kale mampu mengubah persepsi anda tentang makanan sihat.

Bagi mereka yang tidak pernah menikmati poke bowl, pasti anda ingin tahu tentang hidangan ini bukan? 

Poke bowl merupakan hidangan yang berasal dari Hawaii yang kebiasaannya terdiri daripada nasi, potongan salmon mentah atau tuna serta kicap. 

Bagaimanapun, Kubis & Kale memberi sentuhan berbeza pada poke bowl ciptaan mereka dengan menerapkan perisa tempatan untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang pelbagai. 

Paling penting, hidangan di sini juga seimbang, ada sayur-sayuran segar dan protein mentah yang dicampur sos istimewa.

Senang cerita, mereka menambah komponen tambahan untuk menjadikan poke sebagai hidangan yang seimbang. 

Semangkuk poke bowl Kubis & Kale biasanya terdiri daripada bahan asas seperti nasi (menggunakan beras Jepun) atau quinoa yang dilengkapi dengan pelbagai sayuran, salad dan protein seperti salmon, tuna, udang dan ayam. 

Anda boleh pilih hidangan yang terdiri daripada tiga kategori iaitu poke bowl (mentah dan masak), makanan yang dimasak dan menu masakan untuk vegetarian dan vegan. 

Satu lagi keistimewaan Kubis & Kale ini ialah, kesemua sos yang tersedia bukanlah sos siap sedia yang boleh dibeli di pasar raya, sebaliknya ia adalah resipi garapan Chef Aaron. 

Dek itulah setiap poke bowl mempunyai rasa yang istimewa. Lebih menyeronokkan, anda boleh bereksperimen dengan menghasilkan poke bowl yang digemari. Pilihlah sayuran, protein dan sos yang dirasakan menepati selera.

Jika ragu-ragu, jangan pening kepala, pilih sahaja daripada kombinasi dalam menu sedia ada. Atau boleh juga minta pelayan bantu buat pilihan.

Antara poke bowl yang mesti dicuba ialah Mango Habanero Salmon, Shoyu Salmon, Double Vegan, Ginger Soy Tofu dan Grilled Rib-Eye Steak. 

Kesemua menu ini menjanjikan letusan rasa yang menggembirakan dalam setiap suapan. Salmon dan daging mewah dimasak sempurna, malah boleh dinikmati oleh mereka yang tidak begitu gemar dengan hidangan separuh masak.

Selain poke bowl nasi, terdapat juga seleksi mi yang dinamakan ‘noods’. Masih menampilkan konsep yang sama, ‘nood’ mempersembahkan pelbagai pilihan mi untuk mengumpan selera penggemar hidangan ini.

Menu paling popular ialah Balsamic Vinegar Konjac Noodle dan Shiitake Konjac Noodles.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu-menu yang tersedia, anda boleh layari www.kubisandkale.my atau kunjungi Kubis & Kale yang beralamat di Lot 2 & 4, Ground Floor, Jalan PJS 11/5, Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Kafe ini beroperasi pada setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 8.00 malam.

Gambar : Instagram @ kubis_kale

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN