Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Diet Telur Rebus Untuk Kurus

Diet telur rebus ini dikatakan mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat. Pernah dengar tentang diet ini?

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Nov 2021 2:25PM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah dengar tentang diet ini? Pasti ada yang pernah mencuba dan tahu akan kesannya. Diet telur rebus ini dikatakan mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat. 

Malah, berat badan juga tidak akan naik mendadak jika meninggalkan diet ini. Dengan syarat amalkan gaya pemakanan sihat. 

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Rochester Center for Obesity Research di Michigan, USA, pengambilan telur rebus ketika sarapan pagi mampu mengawal pengambilan kalori harian seseorang individu. 

Cara terbaik untuk menikmati telur untuk sarapan ialah dengan merebus. Jika anda pilih untuk menggoreng, jumlah kalori pada telur akan berubah (bertambah). 

Sebiji besar telur rebus (50 gram) mengandungi kira-kira 72 kalori. Paling penting, jangan ambil lebih dua biji telur rebus ketika sarapan. Jika makan berlebihan, hasrat anda untuk melangsingkan badan tidak akan tercapai. 

Selain makan telur rebus, anda juga perlu bijak memilih makanan untuk sepanjang hari. Pilih menu kaya serat dan vitamin, serta minum air kosong secukupnya. Lebih banyak air kosong yang diminum, lebih bagus sistem pencernaan anda. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Hendak tahu cara untuk melakukan diet telur rebus? Sebenarnya jika anda cari info di internet, terdapat banyak versi yang dicadangkan. 

Jika anda biasa dengan Diet Atkins, diet telur rebus ini pasti tidak sukar. Ini kerana tujuan diet telur rebus adalah untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet harian. 

Sebaliknya, lebihkanlah pengambilan protein. Selain telur rebus, anda perlu juga makan protein daripada sumber lain seperti ayam, ikan dan susu. 

Ketika bersarapan, makan dua biji telur dengan kombinasi sayuran rendah karbohidrat dan juga sumber protein tanpa lemak yang lain seperti susu, dada ayam atau ikan. 

Untuk hidangan tengah hari, makan dua biji telur rebus dengan dada ayam atau ikan. Manakala untuk makan malam, hanya makan sebiji telur rebus dengan dada ayam atau ikan. 

Jika perut terasa lapar di antara waktu makan, boleh ambil sayur-sayuran rendah karbohidrat sebagai snek. 

Buah-buahan juga dibenarkan, tetapi tidak boleh lebih daripada dua hidangan dalam sehari. Karbohidrat seperti roti, pasta, kentang dan juga nasi sangatlah tidak dicadangkan.

Mesti buat ketika melakukan diet telur rebus:

1. Minum air kosong secukupnya atau lebih (minimum 8-10 gelas) setiap hari.

2. Kurangkan pengambilan garam dan gula.

3. Elak minuman dan makanan manis seperti kek, coklat dan juga aiskrim.

4. Lakukan senaman ringan selama 30 minit setiap hari.

- Getaran, 1 November 2021

Rujukan : www.healthline.com; www.lifestyleupdated.com; www.verywellfit.com

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki