web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Resipi Rendang Daging Lembu Australia

Tahukah anda jika menggunakan daging lembu Australia, masa memasak boleh dijimatkan kepada 45 minit?

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 2:52PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memasak rendang daging lembu cara tradisional memang mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan resipi turun-temurun daripada ibu atau nenek. Salah satu sebab mengapa rendang perlu dimasak lama adalah kerana ingin memastikan daging lembu empuk.

Namun, kini sudah banyak cara moden untuk menyediakan hidangan kegemaran ramai ini. Selain menggunakan resipi yang lebih ringkas (tidak menggunakan santan yang banyak), ada juga yang memilih untuk melembutkan daging terlebih dahulu sebelum memasak rendang. 

Namun, tahukah anda jika menggunakan daging lembu Australia, True Aussie Beef, masa memasak boleh dijimatkan kepada  45 minit? Fakta ini didedahkan oleh Chef Jason Mason dalam satu webinar anjuran Meat and Livestock Australia (MLA) baru-baru ini.

Menurut Chef Jason yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kulinari, biarpun tempoh memasak hidangan ini singkat, resipi yang disediakannya tidak menjejaskan rasa istimewa rendang. Malah, daging lembu juga lembut dan berjus.  

Berikut adalah bahan-bahan dan cara menyediakan Rendang Daging Lembu Australia Chef Jason.

Bahan-bahan

500 gm kiub daging lembu Australia (True Aussie Beef)

1 ulas bunga lawang

1 batang kayu manis

2 ulas cengkih

2 biji buah pelaga

2 helai daun kunyit

3 helai daun limau purut, dihiris halus

4 sudu besar kerisik

4 sudu besar gula aren/melaka

Garam secukup rasa

1 cawan minyak masak

1 cawan santan

Bahan kisar

7 ulas bawang merah

10 ulas bawang putih

4 inci halia

2 inci kunyit

2 inci lengkuas

5 batang serai

6 biji cili merah

Rempah untuk digoreng dalam kuali panas tanpa minyak

½ sudu kecil jintan manis

½ sudu kecil jintan putih

½ sudu kecil ketumbar

Cara memasak:

1. Panaskan periuk bersaiz sederhana dan masukkan minyak masak.

2. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan rempah yang telah digoreng.

3. Tumis dan kacau pes sehingga naik bau.

4. Masukkan kiub daging lembu yang telah dipotong dan kacau hingga sebati. Masukkan daun kunyit. 

5. Setelah daging lembu dan pes digaul sebati, masukkan santan dan kacau rata. Perlahankan api dan masak sehingga daging lembu lembut.

6. Setelah daging lembu lembut, masukkan kerisik dan daun limau purut yang telah dihiris halus. Akhir sekali, tambah gula aren/melaka dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba - Getaran, 25 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN