web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berkat Nasi Beriani Bantu Sara Hidup Kala Pandemik

Dari perfileman ke nasi beriani, begitulah penangan pandemik. Namun rezeki tidak pernah salah alamat. Demi keluarga, pengedar filem ini memberanikan diri mencuba sesuatu yang baharu.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2021 3:09PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pandemik COVID-19 membuat ramai individu di luar sana bergelut dengan pelbagai isu.

Salah satu daripadanya ialah hilang punca pendapatan dek kekangan perintah kawalan pergerakan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Mohamad Zubir Badarshair, 41, merupakan salah seorang yang berhadapan dengan situasi memeritkan ini.

Dia yang mempunyai syarikat pengedaran filem terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara keluarga memandangkan industri perfileman tempatan lumpuh. Tiada sebarang projek yang mendarat ke akaun syarikatnya.

Daripada terus berkeluh-kesah, bapa kepada tiga cahaya mata ini nekad menceburi bidang yang tidak pernah terlintas di akal fikirannya, iaitu perniagaan makanan.

Memilih hidangan popular dari Batu Pahat, nasi beriani, lelaki ini optimis perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan ini boleh berkembang maju jika dia bijak mengatur langkah.

“Bukit jika ditarah setiap hari pasti akan rata juga.  Begitulah dengan apa yang saya alami. Saya telah gunakan semua wang simpanan yang ada untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.

“Pandemik COVID-19 memberi tamparan hebat buat saya. Apabila mendapat tahu sepupu saya ingin mulakan sistem francais Nasi Briyani Berkat, saya beranikan diri untuk mencuba.”

“Walaupun saya langsung tidak punya pengalaman dalam bidang ini, saya beranikan diri. Saya ambil masa beberapa bulan juga untuk kutip pengalaman. Saya turun padang dengan membantu berniaga di gerai Nasi Briyani Berkat di Taman Tun Dr. Ismail.

“Saya perhatikan cara mereka bungkus nasi dan lihat sambutan penduduk setempat. Selepas benar-benar yakin, barulah saya mohon untuk ambil alih gerai ini pada Ogos baru-baru ini,” ujar Zubir berkongsi cerita.

Apabila ditanya mengapa memilih sistem francais berbanding menjual makanan yang disediakan sendiri, Zubir memberikan alasan yang cukup wajar.

“Memang benar, apabila ikut sistem francais, keuntungan yang diraih perlu dibahagi dua. Untuk saya dan juga pemilik francais.

“Tetapi saya tidak perlu bersusah-payah untuk membeli barangan basah, memasak, serta menyediakan peralatan untuk berniaga.”

“Periuk-belanga semuanya disediakan oleh pihak pengurusan. Bahkan, saya juga tidak perlu membasuh periuk- belanga ini.

“Selesai menjual, saya terus pulangkan semuanya ke dapur mereka dan kembali lagi keesokan hari untuk mengambil nasi dan lauk-pauk untuk jualan. Memandangkan saya tidak pandai memasak dan tiada pengalaman, sistem francais ini adalah yang terbaik,” kongsi Zubir lagi.

Rempah-ratus semua dari Batu Pahat

Bercerita tentang jualannya, Zubir memberitahu Nasi Briyani Berkat disediakan oleh cef yang berpengalaman serta menggunakan rempah-ratus yang diambil dari Batu Pahat Johor.

Pelanggan boleh memilih tiga jenis lauk iaitu ayam masak merah, ayam beriani dan kambing beriani.

“Untuk kekalkan rasanya yang autentik, semua rempah yang digunakan dibawakan khas dari Batu Pahat, Johor yang sememangnya terkenal dengan hidangan ini.

“Ada tiga jenis lauk yang boleh dipilih dan paling popular ialah kambing briyani. Ramai pelanggan suka sebab daging kambing cukup lembut dan mudah untuk dimakan.

“Tentang rasa, saya boleh jamin ia memuaskan hati kerana ramai pelanggan yang kembali untuk membeli.

“Saya juga tanya pendapat emak saya sendiri sebelum buat keputusan untuk menjual Nasi Briyani Berkat ini. Emak saya cakap sedap dan boleh jual,” ujar Zubir yakin.

Mereka yang ingin mencuba sendiri Nasi Briyani Berkat, anda boleh ke Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Perhatikan deretan gerai yang ada di sepanjang jalan berkenaan dan gerai Nasi Briyani Berkat terletak berhampiran CIMB Bank dan Oh Cha Matcha.

Gerai beroperasi dari jam 11 pagi sehingga habis, dari Selasa hingga Ahad. - Getaran, 4 Oktober 2021

#PetraKasih adalah sebuah inisiatif di bawah Yayasan Vinod Sekhar (Vinod Sekhar Foundation) untuk membantu para peniaga kecil di luar sana. Setiap minggu, kami di Getaran akan berkongsi kisah peniaga yang berbeza. Jika anda kenal peniaga kecil di kawasan anda dan rasa mereka layak untuk dipaparkan, anda boleh hubungi kami di [email protected]

Gambar: Syeda Imran

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN