web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Resipi Sihat Berasaskan Coklat

Dua resipi mudah dan sihat yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 2:37PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mengetahui fakta tentang kebaikan coklat hitam, pasti anda menarik nafas lega. Ternyata tidak salah menikmati coklat seandainya anda bijak membuat pilihan dan tahu cara menikmatinya. Jangan ambil secara berlebihan dan perhatikan pengambilan gula dalam diet harian anda.

Berikut merupakan dua resepi mudah dan sihat untuk anda cuba sendiri di rumah. Kedua-dua resipi ini diolah daripada akaun Instagram @healthymealtoday

 

Brownies Ubi Keledek

Bahan-bahan:

2 biji ubi keledek bersaiz besar (direbus atau dibakar terlebih dahulu)

200 gram kurma

200 gram kacang badam

140 gram tepung gandum

8 sudu besar serbuk koko

2 sudu besar serbuk penaik

1 bar coklat hitam 

Penyediaan:

1) Bersihkan ubi keledek yang telah lembut dan potong dadu. Kemudian kisar bersama kurma dan kacang badan sehingga lumat.

2) Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik dan gaulkan bahan-bahan ini sehingga sebati.

3) Masukkan ke dalam loyang dan bakar ke dalam ketuhar pada suhu 200 darjah selsius selama 30 hingga 40 minit (bergantung kepada jenis ketuhar)

4) Setelah masak, cairkan coklat hitam dan tuang di atas brownies.

5) Potong brownies mengikut saiz kegemaran dan ia sedia dihidangkan.

Popsicle Coklat Hirisan Epal 

Bahan-bahan:

3 biji epal besar, dibasuh dan dikeringkan sepenuhnya

2 cawan cip coklat hitam atau bar coklat hitam yang dicincang kasar

1 sudu besar minyak kelapa yang tidak ditapis

1/2 cawan kacang pecan mentah, dicincang kasar

1/3 cawan kranberi kering atau kismis

10 -12 batang kayu popsicle

Penyediaan:

1) Campurkan minyak kelapa ke cip coklat hitam atau kepingan coklat hitam dan letakkan dalam ketuhar gelombang mikro pada suhu tinggi.

2) Cairkan dalam selang 30 saat. Kacau sehingga ia cair sepenuhnya dan sebati. Pindahkan ke pinggan leper supaya mudah untuk anda memasukkan hirisan epal kemudian nanti.

3) Sebagai alternatif, anda juga boleh mencairkan coklat di atas api dengan menggunakan teknik ‘double boiler’. 

4) Siapkan kacang pecan yang telah dicincang, kranberi dan 10 hingga 12 batang popsicle, letakkan di stesen kerja anda.

5) Sediakan loyang besar dan lapik dengan kertas pembakar. Ketepikan.

6) Dengan menggunakan pisau tajam, hiris epal dengan berhati-hati kira-kira 1/2 inci ketebalannya. Buang biji epal dengan perlahan.

7) Seterusnya, buat hirisan kecil di bahagian bawah setiap kepingan epal untuk memasukkan batang popsicle dengan lebih mudah.

8) Dengan berhati-hati, masukkan batang popsicle ke dalam setiap hirisan epal. Celupkan kepingan epal ke dalam coklat cair dan pastikan kedua-dua belah bahagian disaluti coklat dengan rata. Kemudian, secara perlahan-lahan letakkan di atas loyang yang telah disiapkan tadi.

9) Taburkan kacang pecan dan kranberi dengan segera sebelum lapisan coklat mengeras.

10) Sejukkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba! - Getaran, 12 September 2021

Gambar : Instagram @healthymealtoday

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN