Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pernah Rugi 200 Ayam, Cabaran Adik-Beradik Pemilik Nasi Ayam Go-Lek

Untuk projek #PetraKasih minggu ini, Getaran membawakan sebuah kisah menarik pengusaha Nasi Ayam Go-Lek di Selangor.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 4:41PM

Andak Tajuddin dan Syazman Tajuddin. Semua gambar: Syeda Imran

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pepatah Melayu ada menyebut jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah yang boleh menggambarkan tekad tiga beradik iaitu Andak Tajuddin, Waie Ramly Tajuddin, dan Syazman Tajuddin semasa mula-mula merancang membuka perniagaan menjual nasi ayam golek tahun lalu.

Tiga beradik ini memulakan perniagaan Nasi Ayam Go-Lek ini sebagai ikhtiar meneruskan hidup kerana pandemik telah menjejaskan pendapatan perniagaan asal mereka. 

Andak, Waie dan Syazman masing-masing mempunyai perniagaan sendiri iaitu sebagai pereka grafik, perancang majlis serta emcee majlis kahwin.

Namun sejak pandemik, sumber pendapatan mereka terjejas dan membuatkan abang sulung mereka iaitu Waie tampil dengan idea memulakan perniagaan baharu iaitu menjual nasi ayam. 

Bukan itu sahaja, mereka juga bijak merangka strategi perniagaan dengan memperkenalkan konsep kongsi rezeki dengan melantik ejen di beberapa kawasan.

Bila ada tempahan, mereka akan menghantar nasi ayam ke kawasan berkenaan, antaranya Rawang, Gombak, Klang, Sijangkang, Kajang dan Pajam.  

Nasi ayam ini akan dimasak dan dihantar pada hari yang sama dan ia tercermin dalam perkataan ‘go-lek’ mereka. 

Melalui konsep ini, tidak hanya mereka yang memperoleh pendapatan, malah ejen serta runner mereka akan mendapat wang sampingan yang memang diperlukan kala pandemik mencengkam ini.

 

Resepi ibu turun-temurun

Selain untuk bertahan semasa pandemik, tiga beradik ini juga mempunyi sebab yang lebih besar iaitu meneruskan resepi nasi ayam ibu mereka yang selalu menjadi kegilaan sanak-saudara setiap kali lebaran. 

Juga, membawa kembali semangat arwah ayah mereka yang dahulunya merupakan individu pertama yang menjual ayam golek di Klang.

“Saya memang pernah bercita-cita nak buka restoran nasi ayam ibu. Tapi bila abang sulung saya ajak kami sama-sama buka perniagaan jual nasi ayam ini, saya akhirnya bersetuju dan fokus kepada perniagaan ini. Lagi pula, ia resepi ibu,” kata Andak memulakan perbualan. 

Mengimbau kembali perjalanan perniagaan mereka yang baru sahaja bermula pada Julai tahun lalu, Syazman yang merupakan adik paling muda antara mereka ketawa kecil sebelum membongkar cerita sebenarnya mereka bertiga memang tidak arif memasak.

“Semasa kami putuskan nak jual makanan, kami bukan orang yang pandai masak. Pada waktu itu pun, terus terang kami cakap, kami memang tak ada modal. Tapi bermula tahun lepas, kami belajar dengan ibu macam mana nak hasilkan nasi ayam yang sedap. Bermulalah proses uji kaji dan belajar. 

“Tempat ini pun banyak barang tak cukup. Peti ais pun tak ada. Kami pun pinjam daripada kawan-kawan yang memang berniaga juga,” ceritanya mengenai kedai nasi ayamnya yang terletak di selekoh Felda Bukit Cerakah.

 

Ayam busuk, abang meninggal kerana COVID

Ketika kedai nasi ayam mereka dibuka, banyak juga cabaran yang dilalui. Sudahlah belum merasa apa-apa untung, mereka terpaksa pula menanggung rugi 200 ekor ayamnya yang rosak.

“Pada awalnya, kami tak tahu cara menyimpan ayam yang betul. Bayangkan, pada waktu itu hampir 200 ekor ayam kami busuk dan berbau. Kami rugi besar pada waktu itu. Takkanlah kita nak jual ayam yang sudah berbau untuk beri orang makan, kan? 

“Maka kami pun mula belajar dengan kawan-kawan, yang ada antaranya bekerja sebagai cef. Rupanya ada teknik khusus untuk menyimpan ayam,” cerita Syazman lagi.

Ketika perniagaan mereka sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik dan baru sahaja hendak stabil, mereka berhadapan ujian yang sangat berat apabila abang sulung mereka iaitu Waie Ramly disahkan dijangkiti virus COVID-19. 

“Tujuh hari pertama dijangkiti, keadaannya sangat baik. Namun lama-kelamaan dia mula sesak nafas dan demam. Mujurlah dia dikelilingi sahabat yang baik, merekalah yang menelefon ambulans. Dia kemudian menghembuskan nafas yang terakhir pada Julai tahun ini,” ceritanya dan keadaan menjadi sayu.

 

Kekal berniaga

Mengakui tidak mudah menguruskan perniagaan tanpa arwah memandangkan selama ini kerja pengurusan dan perniagaan banyak diuruskan abangnya. Namun Andak dan Syazman tidak mahu apa yang diusahakan mereka hanya berhenti setakat ini sahaja. 

“Selepas arwah dah tak ada, saya terduduk juga. Banyak benda seperti akaun, sebelum ini memang diuruskan arwah. Agak goyang sedikit sebab kami tidak tahu banyak benda. Tapi sekarang, saya masih belajar dan sertai kelas perniagaan,” cerita Andak. 

Walaupun baru setahun berada di pasaran, namun Nasi Ayam Go-lek sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Pelbagai menu sudah mula diperkenalkan antaranya Nasi Ayam Go-Lek, Nasi Itik Salai, Nasi Puyuh, Bubur Bowl Ayam, Sup Ceker dan Tauhu Tempe.

Anda boleh mengunjungi kedai mereka yang terletak di Lot 1181 Jalan Bukit Cerakah, Kampung Bukit Kapar, Selangor atau kunjungi laman web mereka di Nasi Ayam Go-Lek – Maynuu.com  untuk membuat tempahan. - Getaran, 23 Ogos 2021

#PetraKasih adalah sebuah inisiatif di bawah Yayasan Vinod Sekhar (Vinod Sekhar Foundation) untuk membantu para peniaga kecil di luar sana. Setiap minggu, kami di Getaran akan berkongsi kisah peniaga yang berbeza. Jika anda kenal peniaga kecil di Kawasan anda dan rasa mereka layak untuk dipaparkan, anda boleh hubungi kami di alamat emel [email protected].

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY