web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cinta Zaman Sekolah Membawa Ke Pelamin, Tahniah Elisya Sandha!

Rupa-rupanya Elisya dan Uzair saling menaruh hati dan menjalin hubungan istimewa sejak masih di bangku sekolah lagi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 9:09PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Elisya Sandha selamat bergelar isteri kepada Uzair Haqimy apabila mereka selamat dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) petang tadi.

Dalam majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.

Mengimbau detik perkenalan kedua-dua mempelai ini, rupa-rupanya masing-masing saling menaruh hati dan menjalin hubungan istimewa sejak masih di bangku sekolah lagi.

Bercerita lebih mengenai sikap suaminya yang membuatkan pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ itu jatuh hati, Elisya menyifatkan Uzair seorang yang sangat bertanggungjawab.

"Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah sikapnya yang menjaga dan menyayangi keluarganya.

"Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik, insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua.

"Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu," katanya.

Sementara itu, Uzair pula menyenangi keperibadian isterinya.

"Elisya cukup menenangkan saya. Kami cuba melengkapi diri masing-masing. 

"Ini fasa baru untuk kami lebih serius memikirkan soal tanggungjawab. Semoga ia dipermudahkan," kata Uzair.

Dalam majlis tersebut, Elisya dilihat cantik menyarungkan persalinan daripada Teh Firdaus dan ditatarias Datuk Alha Alfa. Elisya turut memaklumkan yang dia menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Adik kepada pelakon Fasha Sandha ini turut mengenakan barang kemas tajaan Habib Jewels serta menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan! - Getaran, 21 Ogos 2021

Gambar: Ihsan @amirnaufalphotography

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa