web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terkesan Pandemik, Duit Simpanan Selamatkan Black Hanifah

Mujurlah Black seorang yang suka menabung dan sikap ini membantunya bertahan dalam situasi pandemik yang mencengkam ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Aug 2021 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan sudah pun memberi kelonggaran kepada 11 sektor perniagaan untuk beroperasi di negeri fasa satu Pelan Pembangunan Negara.

Namun begitu, industri hiburan tidak termasuk dalam senarai berkenaan. Penggiat dan pemain industri perlu bertahan lebih lama lagi sehinggalah negeri beralih ke fasa dua atau capaian vaksinansi mencecah sehingga 80 peratus.

Turut mengakui terkesan dengan keadaan ini ialah penyanyi dan pelakon terkenal, Black Hanifah. Namun begitu, pelantun lagu 'Sabar' itu bersyukur kerana telah menyediakan payung sebelum hujan dengan menabung sedikit demi sedikit hasil daripada pendapatannya selama ini.

Sikap itulah yang telah menyelamatkan Black dan membantunya untuk kekal bertahan sepanjang pandemik yang semakin genting ini.

“Saya sememangnya terkesan juga sepanjang pandemik ini namun beruntung kerana mempunyai simpanan. Dulu orang tua saya selalu pesan jangan boros sangat dalam berbelanja. Inilah sebabnya,” ceritanya kepada Getaran semasa ditemui di sidang media filem Hutang 2D baru-baru ini.

Melihat kepada situasi di mana orang ramai banyak berselisih pendapat dan bertelagah di media sosial, Black bagaimanapun merasakan dalam situasi yang meruncing hari ini seharusnya masyarakat lebih bersatu padu dan membantu golongan memerlukan yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

“Waktu sekarang, apa yang kita boleh lakukan ialah berhenti menunding jari dan bantulah mereka yang susah di sekeliling kita. Kalau tak dapat bantu semua, setidaknya bantulah ahli keluarga kita dahulu. Kalau bukan kita yang mahu tolong, siapa lagi?” tambahnya.

Black sebelum ini pernah menggunakan platform media sosial miliknya untuk menyuarakan bantuan bagi penggiat seni belakang tabir yang tidak memperoleh apa-apa pendapatan sejak pandemik melanda.

Dalam perkembangan lain, Black turut terlibat menjayakan filem terbaharu Hutang 2D dengan memegang watak seorang ketua gangster bernama Han.  

“Watak itu tak susah untuk saya bawakan kerana ia merupakan sebuah watak antagonis komedi. Ertinya ia tak serius sangat dan ada unsur jenaka. Jika watak antagonis itu betul-betul jahat, saya kena mendalami lebih lagi watak tersebut,” jelasnya. 

Hutang 2D mengisahkan  Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan tetapi pengecut. Hubungan Ayie dan bapanya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering diperlekehkan.

Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima).

Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu dua gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie menyembunyikan diri.

Keadaan bagaimanapun berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) yang menghadiahkkannya sebuah tablet ajaib. Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu menjadi kenyataan.

Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru yang mempunyai kuasa ‘superhero’ luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

Filem ini boleh ditonton menerusi Astro First saluran 480 sejak 5 Ogos lalu. - Getaran, 16 Ogos 2021

Semua gambar: Ihsan Astro

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN