web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zynakal Dedah Perangai Dayang Waktu Rakam ‘Sayang Aku Tanya Apa Khabar’

Zyn akui terkejut sebaik sahaja mengetahui nama besar seperti Dayang Nurfaizah bersetuju untuk berkolaborasi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 9:03AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keterujaan penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Zynakal terserlah semasa diminta bercerita mengenai kolaborasinya bersama Dayang Nurfaizah menerusi lagu terbaharu mereka ‘Sayang Aku Tanya Apa Khabar’ yang baru dimuat naik pada Jumaat lalu. 

Rupa-rupanya selama ini penyanyi yang mesra disapa sebagai Zyn itu memang menyimpan harapan untuk berkolaborasi dengan penyanyi asal Sarawak itu. Namun siapa sangka, nampaknya hasrat itu menjadi kenyataan sebaik sahaja Dayang menyatakan persetujuan selepas demo lagu ini pertama kali diperdengarkan.

“Memang sudah menjadi impian saya untuk berduet dengan Dayang. Sebagai artis baharu, kita semua menghormati nama besar seperti Dayang Nurfaizah. Jadi, bila Dayang bersetuju untuk berkolaborasi, saya sebenarnya terkejut dan anggap ia sebagai sebuah kejayaan untuk saya. 

“Seronok sebenarnya bekerja dengan Dayang. Proses rakaman berjalan dengan sangat baik dan studio dipenuhi dengan aura yang positif. Semuanya santai,” katanya semasa ditemui Getaran di sidang media pelancaran lagu ‘Sayang Aku Tanya Apa Khabar.’

Memandangkan rakaman lagu ini diadakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang lalu, maka mereka berdua berkesempatan untuk berbincang mengenai penambahbaikan lagu terbaharu ini secara bersemuka sebelum ke studio.

Zyn menyifatkan gandingan vokal dan tone suara mereka berdua seperti saling melengkapi sekali gus menjadikan lagu ini kedengaran sangat sempurna.

Turut berkongsi perasaan yang sama, Dayang menganggap pengalamannya berkolaborasi dengan komposer muda seperti Zynakal telah membuka matanya untuk menjadi lebih kreatif dalam bekerja.

“Saya sebenarnya cemburu dengan artis muda kerana mereka banyak idea dan kreatif. Sepanjang bekerja dengan Zyn, saya banyak belajar daripada mereka terutamanya cara mengendalikan media sosial.

 “Zayn pula orangnya sangat mudah untuk bekerjasama dan senang dibawa berbincang. Kalau saya beri cadangan, dia akan dengar dan sama-sama bereksperimen. Jadi, saya tak segan kalau nak melontarkan idea,” tambahnya.

Merasakan lagu bertemakan cinta jarang disentuh Zynakal sebelum ini, penyanyi ‘Sakit’ itu bagaimanapun menafikan lirik lagu ‘Sayang Aku Tanya Apa Khabar’  yang menceritakan tentang rindu itu ditulis daripada kisah percintaan peribadinya.

Sebaliknya, lagu itu dihasilkan bagi mencerminkan situasi semasa pandemik yang menyebabkan ramai yang terpaksa tinggal berjauhan daripada orang tersayang.

“Dari segi luaran lagu ini kedengaran macam lagu cinta. Tapi, dalamannya mengenai mereka yang berjauhan dengan  orang  tersayang  termasuklah ibu bapa, isteri, suami,  anak-anak, rakan-rakan dan sesiapa saja. Kiranya lebih kepada kasih sayang.

“Saya  harap  apabila  mereka  mendengar  lagu  ini  dapatlah  terubat  rasa  rindu  itu. Dapatlah    memberikan   senyuman.   Kalau mendengar lagu ini juga tidaklah berasa bersendirian sebab semua mengalami perasaan sama ketika ini,” katanya.

Lagu ‘Sayang Aku Tanya Apa Khabar’ kini boleh didengari menerusi YouTube dan semua platform muzik seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer. 

Gambar: Universal Music Group dan Instagram @zynakal

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

‘Umpan Jinak Di Air Tenang’ – Lagu Melayu Klasik Yang Dirakam Dayang Nurfaizah Ini Paling Banyak Digunakan Sewaktu Syawal

2

TARA 3 tahun yang lalu

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah Dalam Belagu II

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Dayang Nurfaizah Angkat Lagu Melayu Klasik Di Peringkat Antarabangsa Dalam 'Belagu II'

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Dayang Nurfaizah Paling Banyak Tercalon Anugerah Industri Muzik 23

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN