web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dayang Nurfaizah Angkat Lagu Melayu Klasik Di Peringkat Antarabangsa Dalam 'Belagu II'

Belagu II adalah kesinambungan dari album Belagu yang dilancarkan awal tahun 2021 yang lalu tetapi kali ini diiringi Budapest Scoring Orchestra.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 7:00PM

Dayang Nurfaizah - Gambar ihsan Universal Music Malaysia 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih lagi mahu terus mengangkat lagu Melayu klasik dalam kalangan generasi muda, penyanyi Dayang Nurfaizah kembali dengan sebuah album studio baru, 'Belagu II' yang merupakan kesinambungan kepada album studio terdahulu, 'Belagu'. 

“Belagu II adalah kesinambungan dari album Belagu yang dilancarkan awal tahun 2021 yang lalu. Tujuannya sama, tapi bagi album kedua ini, Dayang mahu meraikan lebih banyak lagu memandangkan kesemuanya sangat indah dan boleh dipertontonkan. 

“Kini, dengan kolaborasi bersama Budapest Scoring Orchestra, Dayang berharap ia dapat menjangkau lebih ramai pencinta muzik antarabangsa,” katanya. 

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Menurut Dayang lagi, dia berharap  semua peminat akan dapat menghargai album ini dan menerima mesej yang ingin disampaikan. 

“Apa yang lebih penting juga, Dayang mahu mengharapkan generasi muda akan dapat mengenali dan menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita.

“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun ia akan berkubur begitu sahaja. Dayang anggap penghasilan album ini bukan saja satu penghargaan kepada orang-orang lama tapi juga sebagai satu tanggungjawab sebagai anak seni. 

“Dengan adanya 'Belagu II', ia diharap akan dapat  mengingatkan kita semua untuk meraikan lagu-lagu klasik Melayu warisan kita demi generasi masa hari ini dan akan datang,” kata penyanyi yang berasal dari Sarawak ini.

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Album Belagu II memuatkan lapan lagu-lagu Melayu Klasik lama yang diiringi Budapest Scoring Orchestra bersama pemuzik handalan Malaysia seperti 'Nak Dara Rindu', 'Jauh Di Mata', 'Ketipang Payung', 'Sejak Ku Bertemu Padamu'. Bahkan, ia turut memuatkan sebuah lagu baharu berjudul 'Rindu Menyapa'.  

Ia sekali lagi disusun dan diterbitkan oleh penerbit, pengarah muzik dan komposer yang tidak asing lagi, Aubrey Suwito.

'Belagu II' juga akan dilancarkan di semua platform digital bermula 27 Januari 2023 dan para peminat sudah boleh membuat pra-tempahan/pra-simpanan/pra-tambah untuk album fizikal. 

Gambar ihsan Universal Music Malaysia
Gambar ihsan Universal Music Malaysia

Apa yang menarik tentang fizikal album 'Belagu II', ia turut memuatkan gambar-gambar kulit album dam gambar-gambar sewaktu Dayang merakamkan lagu bersama Budapest Scoring Orchestra di Budapest pada tahun lalu. Bahkan, gambar-gambar menarik Dayang sepanjang berada di Budapest turut diselitkan sama. - Getaran, 17 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

2023 Tahun Tuah Buat Ernie Zakri? - Kini Wajah Hiasi Papan Iklan Digital New York Times 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

‘Umpan Jinak Di Air Tenang’ – Lagu Melayu Klasik Yang Dirakam Dayang Nurfaizah Ini Paling Banyak Digunakan Sewaktu Syawal

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Sanggup Tangguh Pengajian Bagi Kejar Impian Jadi Penyanyi Antarabangsa, Zack Tabudlo Kini Digilai Di Nusantara 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

Polong bukan sahaja berjaya menarik peminat filem seram ke pawagam, malah turut mencetuskan gelombang perbualan di media sosial.

oleh Rahayu MN