Berita Terkini

4 minit yang lalu: Anwar hadiri Perhimpunan Agung UMNO 6 minit yang lalu: KPDN rampas barangan berjenama tiruan di Butterworth 7 minit yang lalu: MBI, Petronas Gas meterai MoU bangun loji jana kuasa hidro mini, selenggara terminal 8 minit yang lalu: Lelaki kasari pemandu wanita dipenjara seminggu 9 minit yang lalu: Bekas mufti Perlis meninggal dunia

IKUTI KAMI


‘Umpan Jinak Di Air Tenang’ – Lagu Melayu Klasik Yang Dirakam Dayang Nurfaizah Ini Paling Banyak Digunakan Sewaktu Syawal

Asal buka sahaja TikTok dan Instagram, pasti lagu ini akan digunakan sebagai lagu latar belakang dalam pelbagai hantaran yang dimuat naik netizen mahu pun dalam kalangan selebriti tempatan sendiri.

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 2:00PM

Dayang Nurfaizah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wah! Memang dahsyat sungguh penangan Dayang Nurfaizah! Sepanjang 1 Syawal hingga saat ini pun, banyak lagu-lagu Melayu Klasik yang dirakamkan semula oleh Dayang dan dimuatkan di dalam album Belagu dan Belagu 2 digunakan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. 

Lagu paling top yang digunakan adalah 'Umpan Jinak Di Air Tenang'. Asal buka sahaja TikTok dan Instagram, pasti lagu ini akan digunakan sebagai lagu latar belakang dalam pelbagai hantaran yang dimuat naik netizen mahu pun dalam kalangan selebriti tempatan sendiri. 

Memang kedua-dua projek album bersiri Belagu dan Belagu 2 ini mendapat pujian ramai. Bahkan, kolumnis Getaran iaitu Roslen Fadzil sendiri pun turut memuji usaha Dayang Nurfaizah menghasilkan album siri Belagu dan Belagu 2

Sebabnya kerana tidak semua penyanyi pop dan R&B pada zaman ini sanggup bersusah payah merakamkan lagu-lagu Melayu klasik seumpama itu yang sekian lama dilanda tsunami melodi pop kontemporari tempatan serta luar negara.

Dalam catatannya di Facebook, Roslen atau Slen berkata, projek Belagu juga boleh dilabel sebagai suatu tribute yang begitu bersungguh bagi mempopularkan semula lagu-lagu Melayu lama termasuk joget dan asli dalam bentuk gubahan moden klasik yang segar, mengikut gaya nyanyian Dayang serta susunan muzik Aubrey Suwito. 

“Pihak penerbit juga menggunakan khidmat Budapest Scoring Orchestra bagi mendapat bunyian yang lebih besar dan padat seperti dalam lagu ‘Umpan Jinak Di Air Tenang’. 

“Menarik sungguh hasilnya dan nampak grandeur audio dan visualnya dalam video muzik lagu ciptaan Ahmad Jais sendiri bersama Rosli Hj Yusof (terima kasih Che Sezali Zakaria atas info)

“Pun begitu, dalam keterujaan Dayang serta pasukannya menghasilkan lagu-lagu terbabit, telah berlaku kesilapan yang pastinya tidak disengajakan dalam sebuah lagu yang telah dirakamkan itu,” katanya. 

Slen memberikan contoh kesilapan yang dilakukan Dayang menerusi lagu ‘Mengapa Dirindu’ yang merupakan lagu ia ciptaan Ahmad Wan Yet dan Zain Mahmood. 

Lagu itu dicipta bagi mengisi filem Melayu Dua Pendekar terbitan 1964 dendangan asal Biduanita Saloma. Kemudian Uji Rashid pula merakamkannya untuk LP solo, Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (1977) terbitan Ahmad Nawab, diikuti Endang S Taurina pada 1991 terbitan A Ali.

“Dalam rangkap kedua pantun lagu itu, ketiga-tiga penghibur legenda tadi telah sepakat menyebut:

"Asal kapas jadi benang,

Dari benang dibuat baju,

Barang lepas jangan kenang,

Sudah jadi orang baru...

Mengapa dirindu..."

“Namun apabila Dayang menyanyikan pantun itu dalam Belagu 2, beliau pula menyebut: "Dah jadi orang LAIN" dan bukannya "Sudah Jadi orang BARU",” katanya. 

Menurut Slen, dia berasa sangat ralat mendengar rakaman Dayang menerusi lagu tersebut.

“Kesilapan itu tidak seharusnya terjadi terhadap lagu evergreen itu yang cuba diberikan suatu tribute oleh seorang penyanyi disegani. 

“Siapakah yang menjaga vokal Dayang ketika rakaman? Memandangkan ini projek mega yang turut disokong oleh Kementerian, seharusnya ada seseorang yang hampir dengan Dayang yang arif tentang lagu klasik Melayu, mengawasi Dayang ketika rakaman itu.

“Mungkin ada berkata, "Alah, cuma satu perkataan saja, apalah sangat yang nak dikecohkan?"

“Namun bagi saya, Dayang, Aubrey dan mereka yang terlibat sedang membina satu legasi ke atas khazanah lagu-lagu Melayu klasik agar generasi muda kini dan masa depan menghargai karya-karya lama yang hebat. 

“Ini juga akan tersenarai dalam sejarah katalog Dayang. Tentu sebagai komposer mahupun penulis lirik, Zain Mahmood telah mencorakkan lagu ini mengikut hukum pantun yang sepatutnya. Kita tiada hak untuk mengubahnya,” jelasnya. 

Kedua-dua projek album bersiri 'Belagu' dan 'Belagu 2' mendapat pujian ramai - Gambar Fail
Kedua-dua projek album bersiri 'Belagu' dan 'Belagu 2' mendapat pujian ramai - Gambar Fail

Pun begitu, kata Slen, dia sempat menghubungi penyanyi Bob Yusof yang juga sahabat baik Dayang serta bertindak sebagai penasihat vokal bagi album Belagu dan Belagu 2 untuk bertanyakan mengenai perkara itu. 

Jelas Bob, Dayang telah pun menyedari perkara itu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

"Kata Dayang, ketika rakaman lagu itu ('Mengapa Dirindu'), dia terlalu feel sampai tertutup mata.

"Dia kemudian perasan kesilapan itu pada saat akhir proses rakaman namun tidak mampu lagi membuat apa-apa pindaan. Dayang benar-benar mohon maaf," kata Bob dalam telefon dan WhatsApp.

Slen juga memberitahu bahawa dia turut memaklumkan tentang sebutan perkataan ‘Akhirnya’ untuk lagu 'Hati Ke Hati' yang disifatkannya menimbulkan tanda tanya. 

“Dalam lagu itu, Dayang menyebut dengan keras perkataan "Akirnya" dan bukan "Akhirnya" atau "Ahirnya.

“Bagi saya, ia kedengaran janggal bagi seorang penyanyi Melayu sejati seperti Dayang. Saya rasa Dayang tiada masalah dengan sebutan itu kerana pada penghujung lagu hitnya dulu, 'Seandainya Masih Ada Cinta', Dayang menyebut "Berakhirlah Sandiwara" dengan tepat dan baik. Orang Sarawak tiada masalah menyebut 'gha' kerana itu telah terbina dalam loghat mereka.

“Mungkin ini juga satu perkara remeh bagi kebanyakan orang tetapi ia menjadi besar apabila Dayang Nurfaizah yang menyanyikannya. Dia bukan artis picisan. 

“Memandangkan juga ini lagu asli, setiap patah dan sebutannya akan terpacul dengan jelas tidak kira sesiapa pun menyanyikannya.

“Jelas Bob Yusof lagi, Dayang turut mengambil pesanan mengenai diction ini dan akan lebih berhati-hati di masa depan.

“Jujurnya, apa yang saya sebutkan dalam tulisan ini bukan berniat untuk memperlekehkan usaha Dayang. 

“Dayang telah berada dalam kelas dan liganya yang tersendiri, cuma perkongsian ini demi untuk kebaikan siri Belagu yang akan datang, sekiranya ada. Semoga Dayang terus berjaya,” katanya. 

Apapun, seperti mana Ramadan, Syawal dan Aidilfitri disambut selama sebulan, inilah masanya untuk kita terus berhibur dengan lagu-lagu Melayu klasik Dayang Nurfaizah,” katanya. – Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah Dalam Belagu II

2

Muzik 4 bulan yang lalu

Dayang Nurfaizah Angkat Lagu Melayu Klasik Di Peringkat Antarabangsa Dalam 'Belagu II'

3

Muzik 9 bulan yang lalu

Dayang Nurfaizah Paling Banyak Tercalon Anugerah Industri Muzik 23

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Tidak Diduga Dayang Nurfaizah Dan Amir Masdi Dalam 'Debu'

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 1 hari yang lalu

Dilabel Netizen Sebagai Antara ‘Rude Celebrity’ Di Twitter, Scha Alyahya Mohon Maaf Andai Pernah Bersikap Biadab

Scha akui terkejut apabila namanya turut terpalit dalam senarai ‘rude celebrity’ yang menjadi ‘trend’ di Twitter. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 23 jam yang lalu

Masih Diisytihar Bankrap Dengan Jumlah RM8 Juta, Fizo Omar Akui Ia Memberi Kesan Kepada Kelangsungan Hidupnya

Namun, jelas Fizo lagi, apabila memahami istilah muflis dan istilah rezeki daripada Allah, perkara itu tidak lagi memberi cabaran buatnya.

oleh Rubini Nagarajah

Filem & TV 1 hari yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

oleh Wartawan Hiburan Getaran