web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ayash Bernafas, Paras Oksigen Siti Sarah Naik – Shuib Anggap Satu Keajaiban

Selepas tiub dimasukkan ke dalam paru-paru, Ayash Affan telah menunjukkan reaksi yang baik. Pada waktu yang sama paras oksigen Siti Sarah Raisuddin juga sudah makin naik.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 8:01AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada saat dia sudah tidak punya harapan apabila melihat isterinya, Siti Sarah Raisuddin, 36, terpaksa bertarung nyawa selepas dimasukkan di wad ICU di HUKM dan ditidurkan pada pagi Jumaat lalu, Allah SWT telah menghantar satu keajaiban buat Shuib Sepahtu. 

Berkongsi cerita, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, berkata, kandungan oksigen Siti Sarah yang pada mulanya menurun sehingga ke paras 40 pada jam 11.40 malam hari Jumaat, tiba-tiba mula naik sehingga ke paras 77 sekitar jam 2 lebih pagi. 

“Pada jam 8 pagi Sabtu, oksigen semakin meningkat hingga paras 80 dan pada jam 6 petang semalam, ia naik sebanyak 85. 

“Bagi saya ini satu perkembangan yang luar biasa. Mungkin juga Allah SWT yang menurunkan rahmat ini melalui berkat doa ramai orang yang sehingga kini tidak putus-putus mendoakan Siti Sarah. 

“Cuma doktor bilang COVID ni memang jahat. Kalau sudah menyerang paru-paru, ia mungkin boleh menyebabkan kandungan oksigen mengalami turun naik, yang mana akan naik secara mendadak dan kemudian turun serendah-rendahnya. 

“Jadi saya harap, level oksigen Sarah akan kekal stabil dan naik pada waktu yang sama,” katanya pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan deejay radio ini kepada Portal Getaran. 

Mengenai cahaya mata keempatnya, Ayash Affan yang berjaya dikeluarkan selepas doktor melakukan pembedahan pada jam 5.45 petang, Shuib berkata, sebaik sahaja keluar, Ayash langsung tidak bergerak-gerak serta tidak bernafas. 

“Sebaik sahaja tiub dimasukkan ke paru-parunya, barulah Ayash mula memberikan reaksi yang baik. Keadaannya bertambah baik apabila dia sudah mula menendang-nendang dan tangannya juga sudah mula menggenggam. 

“Doktor ada menelefon saya meminta izin untuk mengazankan Ayash. Jam 8 pagi tadi, Ayash sudah mula buka mata. Cuma, dia masih belum bersuara atau menangis,” katanya. 

“Saya benar-benar lihat ia satu keajaiban dan satu-persatu Allah SWT permudahkan. Tak salah kita buat baik dengan orang kerana bila kita buat kebaikan Allah akan gantikan hati orang lain untuk bantu kita melalui pelbagai cara. Di saat saya tiada harapan, Allah SWT memberikan keajaiban,” katanya. 

Shuib berkata demikian sebelum acara bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah Raisuddin yang dianjurkan Indigital Music dimulakan sekitar jam 8 lebih malam tadi. 

“Saya sangat excited menghadiri bacaan Yasin dan doa buat Siti Sarah ni. Bila masuk dalam Zoom Meeting ini, saya terkejut kerana ramai sekali yang berada di sini. Lebih daripada 100 orang. 

“Saya rasa ini perjumpaan yang penuh dengan rahmat. Benarlah kata Allah, setiap sesuatu kejadian yang berlaku itu ada rahmatnya. Hari ini rahmatnya ialah apabila kita dapat berada di sini bersama dan turut mengeratkan semula ukhuwah dan silaturahim,” katanya. 

Katanya lagi, dia akan terus menaikkan posting terkini mengenai perkembangan Siti Sarah dan Baby Ayash. 

“Saya lakukan ini bukan disebabkan mahu menjadikan ia satu kandungan untuk tatapan followers, tetapi sekadar memaklumkan sebagai tanda terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami sekeluarga,” katanya. 

Ini adalah malam kedua berturut-turut, Indigital Music menganjurkan acara bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah Raisuddin.  

Semasa acara bacaan Yasin dan doa buat Siti Sarah Raisuddin malam pertama semalam, Shuib telah memaklumkan bahawa Ayash Affan adalah nama yang diberikan buat cahaya mata keempat mereka itu.

Menurut Shuib, nama itu adalah pilihan Siti Sarah sendiri dan ia membawa maksud cerdik, cerdas, cergas dan bekerja keras. - Getaran, 8 Ogos 2021

Isu Pada

Aisyah Aziz Singkap Rahsia

07 Aug 2021

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa