web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Arwah Macam Bapa, Selalu Pesan Jaga Kebajikan Anak Seni” -Zed Zaidi

Zed Zaidi bercerita mengenai nasihat dan pengalaman yang dikongsikan arwah Anjang Aki semasa hayatnya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:50PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu demi satu berita pelakon dan penggiat seni meninggalkan kita. Hari ini, satu lagi khabar duka kita terima apabila pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki telah menghembuskan nafas yang terakhir di kediamannya petang tadi.

Semasa hayatnya, arwah pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) ke-2 selama tiga penggal dari tahun 1978-1984. Banyak jasa dan sumbangan yang diberikan arwah semasa beliau menjadi presiden. 

“Arwah merupakan salah seorang mantan presiden Seniman yang telah banyak memberi sumbangan dalam industri seni. Pemergian arwah sememangnya satu kehilangan besar yang dirasai warga industri. 

“Beliau pernah menjadi penasihat kepada saya dahulu di Seniman. Arwah orangnya penuh dengan idea dan tak pernah marah. Boleh diibaratkan macam seorang bapa. 

“Apa yang saya lakukan hari ini sebagai presiden Seniman, banyak dipengaruhi oleh tunjuk ajar dan pengalaman yang arwah kongsikan,” kata Zed Zaidi ketika dihubungi Getaran. 

Bercerita tentang pengalaman dan nasihat yang tidak boleh dilupakan sepanjang mengenali arwah, Zed mengakui arwah sebenarnya orang yang sangat prihatin dengan nasib penggiat seni tanah air. 

“Saya masih ingat waktu itu kami sama-sama menyampaikan sumbangan di hospital tentera. Dia pesan pada saya, Seniman ini sebenarnya tunjang utama untuk jaga kebajikan anak seni. Itulah perjuangan kita dari dulu hingga sekarang. 

“Kata arwah, kita kena kekalkan momentum supaya anak seni kita selalu terjaga. Ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan hingga akhir hayat,” tambahnya yang merupakan presiden Seniman pada hari ini. 

Jenazah Allahyarham Baharuddin bakal dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. Arwah yang meninggal disebabkan penyakit pembuluh darah bengkak telah meninggalkan seorang isteri, Datin Nazariah Abu Bakar serta tujuh orang zuriat dan dua anak tiri. - Getaran, 24 Julai 2021

Sumber foto: Zed Zaidi


 

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN