Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Caprice Mohon Maaf, Pengumuman 21 Julai Jadikah Tidak? – Soal Netizen

Caprice akui bahawa dia terlalu emosi tentang "perjuangan kita demi ummah, demi Palestine dan demi Rakyat Malaysia." Katanya, apa yang berlaku adalah kesilapannya sendiri dan tidak ada kena-mengena dengan pihak lain.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 1:17PM

Gambar: Tangkapan layar Instagram @capriceofficial

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas menerima nasihat serta kecaman hebat agar tidak terlalu emosi dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli akhirnya mengakui akan kesilapannya itu serta telah membuat kenyataan maaf kepada beberapa pihak yang terlibat serta seluruh rakyat Malaysia. 

Kenyataan maaf itu dibuat penyanyi rap ini menerusi akaun rasmi Instagramnya, @capriceofficial kira-kira lima jam yang lepas. Dalam posting tersebut, Caprice telah membuat permohonan maaf yang pertama dan secara peribadi kepada kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris, ahli politik, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Ustaz Ebit Liew. 

“Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang perjuangan kita demi umah, demi Palestine dan demi Rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak melibatkan pihak lain.

“Akhir sekali, Caprice minta maaf kepada ibu dan ayah Caprice kerana membuatkan mereka risau tentang keselamatan saya. Saya sayang ibu dan ayah dan niat saya berdikari sejak umur 16 tahun adalah semata-mata untuk membuat ibu dan ayah bangga. 

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. Insya Allah, saya akan kembali untuk memenuhi serta melengkapkan beberapa janji yang telah saya buat terhadap orang-orang Palestin,” katanya lagi. 

Caprice bersama Ustaz Ebit Lew. Gambar: Instagram @capriceofficial
Caprice bersama Ustaz Ebit Lew. Gambar: Instagram @capriceofficial

Dalam pada itu, Caprice juga turut menyatakan terima kasihnya kepada pihak-pihak tertentu termasuk, Datuk Seri Hishammuddin sendiri sepanjang hampir sebulan dia berada di Kaherah. 

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, pihak kedutaan Mesir dan kerajaan Mesir kerana memberikan layanan, sokongan serta 24 perlindungan serta keselamatan sepanjang Caprice berada di sana.

Caprice bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Gambar: Instagram @capriceofficial
Caprice bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Gambar: Instagram @capriceofficial

“Terima kasih juga kepada Datuk Abdul Azeez Rahim yang tiba-tiba jadi seorang ayah kepada Caprice selama kita kenal. Saya tidak mungkin akan dapat membayar semula kasih sayang dan rasa prihatin yang telah ditunjukkan kepada saya sepanjang misi ini.

“Kepada semua ahli HM4P, Pasukan Mercy dan media di Mesir, terima kasih kerana menjadi abang besar kepada saya dan membimbing saya selama 30 hari. Datuk Farid, Datuk Razali, Dr. Kassim dan Abdullah, saya tidak dapat meminta untuk diberikan abang-abang yang hebat demi berkongsi pengalaman ini.

“Terima kasih di atas segala bimbingan, kasih sayang dan perbualan kita di lewat malam,” katanya. 

Caprice telah menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin (HM4P) di bawah Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) bagi menyatakan solidariti kepada warga Palestin. Dia tiba di Mesir pada 24 Jun untuk bergabung dengan 16 anggota misi HM4P yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merangkap Pengerusi BKUM.

Bersama Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Gambar: Instagram @capriceofficial
Bersama Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Gambar: Instagram @capriceofficial

Permohonan maaf yang dibuat Caprice itu telah mendapat likes berjumlah hampir 100,000 dalam tempoh tiga jam ia dimuat naik serta mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk golongan selebriti tempatan. 

Rata-rata memuji tindakan Caprice itu kerana menyedari dia salah serta sanggup mengetepikan egonya itu, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakannya itu serta menganggap mudah sekali untuk rapper ini berbuat demikian selepas mencetuskan segala onar di sosial medianya. 

Susulan daripada permohonan maaf itu, ada juga netizen yang bertanya apakah pengumuman penting yang bakal dibuatnya pada 21 Julai ini menerusi akaun Instagramnya itu akan diteruskan atau tidak? Perkara itu tidak pulak dinyatakan Caprice dan ia masih menjadi tanda-tanya. - Getaran, 19 Julai 2021

Tangkapan layar Instagram @capriceofficial. Poster ini sudah dihapukan dari linimasa akaun itu.
Tangkapan layar Instagram @capriceofficial. Poster ini sudah dihapukan dari linimasa akaun itu.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Wartawan Antara Yang Cedera Dalam Serangan Israel Ke Atas Kem Pelarian Di Gaza

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Serangan Di Gaza: Anwar Hubungi Ismail Haniyeh, Sampaikan Ucapan Takziah

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran