web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Depan Mata’ Lagu Terakhir Vince Chong

Bekas juara Akademi Fantasia musim pertama mengumumkan lagu terbarunya yang juga merupakan lagu solonya yang terakhir.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah agak lama tidak muncul dengan buah tangan terbaharu, bekas Juara Akademi Fantasia musim pertama Vince Chong kembali dengan lagunya yang terkini berjudul ‘Depan Mata’.

Walau bagaimanapun penyanyi yang mencipta sejarah pertandingan realiti nyanyian Malaysia itu menyatakan di laman Instagramnya bahawa ini merupakan single solo terakhirnya!

‘Depan Mata’ yang digubah oleh Vince sendiri mendapat sentuhan lirik M.Zulkifli yang juga penulis lirik lagu hit Vince yang pertama iaitu ‘Mengapa Harus Cinta’. Malah menurut Vince lagu ini merupakan sambungan dan secara tidak langsung penutup kepada kisah ‘Mengapa Harus Cinta’.

“Semasa lagu ‘Mengapa Harus Cinta’ dilancarkan dahulu, umur saya baru 24 tahun dan ia menceritakan tentang kisah cinta orang muda yang masih baharu dan tertanya-tanya tentang ketidakpastian cinta yang dicari. Boleh dikatakan, saya sendiri tika itu dalam posisi yang sama. Dan kini di usia 42 tahun, secara kebetulan ‘Depan Mata’ mengungkap cinta yang kita cari dan temui sebenarnya ada betul-betul di depan mata kita sendiri."

"Ia juga menggambarkan keadaan diri saya sekarang yang sudah pun menemui kebahagiaan di depan mata saya, iaitu cinta yang datang dalam bentuk keluarga saya. Isteri serta anak-anak, itulah kebahagiaan yang ada di depan mata,” jelas Vince panjang lebar.

Lagu yang mengambil masa sekitar dua tahun untuk disiapkan itu memakan waktu kerana Vince tidak mahu tergesa-gesa untuk mengeluarkannya.

“Saya mengambil masa kerana inginkan yang terbaik. Jadi wang yang saya laburkan haruslah berbaloi. Saya menukar susunan muzik beberapa kali dan akhirnya menemui seorang penyusun muzik yang menyempurnakan keseluruhan lagu,” jelas Vince lagi.

Jika didengar dengan teliti lagu ini ada menyelitkan sedikit melodi asal ‘Mengapa Harus Cinta’, sesuai dengan statusnya sebagai lagu penutup dari Vince sebagai penyanyi.

“Biarpun ini lagu terakhir saya buat peminat, saya masih akan terus berkarya. Cuma saya akan lebih fokus kepada mengasuh bakat baharu dan menerbitkan muzik buat generasi baharu. Saya juga akan berkecimpung dalam bidang animasi kanak-kanak serta akan terus terlibat dalam muzik. Bezanya hanyalah saya tidak akan menghasilkan lagu untuk diri saya sendiri,” katanya lagi.  

Mengulas tentang kapsyen di laman Instagramnya itu Vince menyatakan dia sedikit kecewa dengan industri muzik masa kini.

“Saya tahu di era media sosial ini semuanya sudah berubah dan populariti penyanyi terletak pada tangan peminat dan netizen. Sungguhpun begitu, saya sedikit kecewa kerana ada ramai bakat baharu yang hebat namun tidak diiktiraf kerana mereka tidak mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman media sosial. 

Benar kita terpaksa akur dengan perubahan semasa namun saya harap bakat yang layak diangkat tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Saya bersyukur saya tidak muncul di era digital dan media sosial, namun mungkin itulah rezeki saya dan saya menerimanya seadanya,” ujar Vince menutup bicara.

‘Depan Mata’ boleh didapati platform-platform muzik digital bermula 17 Februari di iTunes dan 18 Februari di Spotify. - Getaran, 15 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN