web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Henry Golding Ajak Rakyat Bertanya Khabar

Anak kelahiran Sarawak ini mengajak rakyat Malaysia untuk saling berhubung dan bertanya khabar, bukan sekadar berbual ringan tetapi turut bertanyakan keadaan masing-masing.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jul 2021 9:01AM

Gambar: afp/ Tolga Akmen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding, berkongsi kebimbangan beliau terhadap terhadap peningkatan kes dan percubaan membunuh diri di Malaysia berikutan pandemik COVID-19 yang berlarutan.

Anak kelahiran Sarawak yang popular menerusi filem Crazy Rich Asians, ini berkata perbincangan mengenai isu kesihatan dan kesejahteraan mental adalah sangat penting.

Beliau mengajak rakyat Malaysia untuk saling berhubung dan bertanya khabar, bukan sekadar berbual ringan tetapi turut bertanyakan keadaan masing-masing. 

 "Caranya mudah saja. Fikirkan tiga rakan yang anda rasa perlu anda telefon atau kirimkan mesej. Benar-benar tanyakan tentang keadaan mereka dan apakah mereka dapat menangani kehidupan sekarang," jelas Golding dalam sebuah hantaran video di Instagram TV baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, dalam situasi yang serba menduga ini, ramai terlepas pandang mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental dan kerapuhan emosi.

Keadaan ini boleh mendorong kes bunuh diri atau memikirkan tentangnya apatah lagi ketika berhadapan dengan kesulitan dan masa depan yang tidak menentu setelah kehilangan kehilangan pekerjaan, ketiadaan interaksi sosial dan terhimpit di tengah-tengah bandar yang padat seperti Kuala Lumpur.

"Cukup menyedihkan bila angka (bunuh diri) meningkat. Kita boleh melakukan sesuatu mengenainya. Bantulah dengan menyokong orang di sekeliling kita agar kita dapat mencegah sesuatu yang buruk daripada terjadi,” jelasnya.

Golding juga memohon kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan kesejahteraan mental agar berhubung dengan seseorang atau organisasi seperti Befrienders Malaysia dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia.

"Saya faham anda semua 'terkurung.' Berbual dengan seseorang dapat melegakan perasaan dan mendorong perubahan drastik," kata Golding.

Menurut polis, sebanyak 609 kes bunuh diri dicatatkan pada tahun 2019 dan 631 kes pada tahun 2020.

Tahun ini, 468 kes (dari Januari hingga Mei 2021) direkodkan dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi pada 117 kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, faktor seperti tekanan emosi serta masalah keluarga dan kewangan adalah punca purata dua kes bunuh diri dari tahun 2019.

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN