web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dolla Lancarkan Projek ‘Live To Give’ Bersama The Giving Bank

Bimbang dengan situasi pandemik, kumpulan Dolla terpanggil membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar atau tidak, kita sudah pun lebih setahun menjalani kehidupan dalam norma baharu dan masih bergelut dengan penularan kes COVID-19 yang dilihatkan semakin memburuk.

Situasi semasa yang ditambah dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini memberi kesan parah kepada banyak pihak terutamanya golongan B40 di negara ini.

Malahan, ramai kehilangan punca pendapatan dan terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kehidupan seharian. Bimbang dengan nasib golongan kurang bernasib baik, kumpulan Dolla terpanggil untuk menjalankan projek kebajikan bagi meringankan beban mereka. 

“Ini adalah waktu yang tepat buat kami membantu golongan terjejas memandangkan negara kita berada dalam keadaan kritikal. Kami pun tak selalu mendapat peluang seperti ini. Jadi, kami bakal menggunakannya dengan sebaik mungkin,” kata Sabronzo, ahli kumpulan Dolla.

Projek yang dinamakan ‘Live To Give’ ini adalah kerjasama antara kumpulan Dolla dan badan bukan kerajaan (NGO), The Giving Bank (TGB). 

‘Live To Give’ bertujuan untuk mencari dan membantu empat individu yang berdepan dengan kesempitan hidup. 

“Sejujurnya, kami sangat gembira apabila dipilih oleh pihak The Giving Bank untuk berkolaborasi dalam projek kemasyarakatan ini. Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dijalankan, kami dapat membantu dan mengubah nasib mereka menerusi platform yang disediakan,” jelas Sabronzo.

Selain itu, semua ahli Dolla juga turut tampil mengajak orang ramai untuk bersama-sama mengenal pasti dan membantu golongan memerlukan bantuan.

“Sesiapa yang tahu golongan atau keluarga yang memerlukan bantuan boleh kongsikan informasi tentang mereka di ruangan komen Instagram kami atau TGB.

“Ini agar pengguna lain juga boleh menghulurkan bantuan dan lebih ramai lagi dapat dibantu. Kami berharap mereka tidak perlu lagi berasa risau menghadapi hari yang akan datang,” tambah lagi Sabronzo.

Menurut Dr. Janson Ang Chee Wee, Pengasas dan Presiden The Giving Bank berkata, “Setiap agama mengajar pengikutnya untuk memberi dan berkongsi. Tak kiralah bantuan itu sedikit atau banyak, ia pasti dapat membantu meringankan beban mereka.  

Dr. Janson Ang Chee Wee, Pengasas dan Presiden The Giving Bank
Dr. Janson Ang Chee Wee, Pengasas dan Presiden The Giving Bank

“Tiba masanya untuk kita bersikap prihatin terhadap kesukaran hidup orang lain. Negara ini tidak akan menjadi tempat tinggal yang baik melainkan kita menjadikannya tempat yang cukup baik untuk didiami oleh semua orang.”

Terdapat empat cara mudah untuk orang ramai melibatkan diri dalam projek kemasyarakatan Live to Give, TGB X Dolla ini. 

Langkah pertama, tekan butang 'follow' di Instagram TGB. Kedua, tekan butang 'like' pada ‘posting’ yang dimuat naik. Kemudian kongsikan nama individu yang anda rasa layak terima bantuan di ruangan komen. Terakhir sekali, kongsi hantaran yang dimuat naik oleh TGB ke Instagram story anda.

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai projek ini, jangan lupa layari laman web rasmi The Giving Bank dan laman sosial mereka di Instagram. - Getaran, 28 Jun 2021

Semua gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

3

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN