web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wawa Zainal Ambil Risiko Berlakon Filem 'Abnormal : Buas' Seminggu Sebelum Bersalin

Menurut Wawa pada mulanya watak berkenaan ditawarkan kepada beberapa pelakon lain, namun semua menolaknya dan dia terima selepas dipujuk oleh pengarah, Allahyarham Azhari Zain

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 2:13PM

Wawa Zainal ketika melakonkan satu adegan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sedang menghitung hari untuk melahirkan anak ketiganya, namun perkara itu tidak menghalang pelakon dan usahawan jelita, Wawa Zainal untuk membintangi filem Abnormal : Buas yang merupakan filem pertama terbitannya bersama suami, Aeril Zafrel. 

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32,  pada mulanya, wataknya ditawarkan kepada beberapa pelakon lain, namun kesemua mereka telah menolak. Jadi dia menyahut cabaran pengarah filem ini iaitu Allahyarham Azhari Zain untuk terima berlakon dalam filem ini.

“Pada mulanya memang saya tak nak buat sebab takut terberanak di set. Tetapi arwah abang Azhari yakinkan saya bahawa saya boleh buat.

“Saya pula selalu merasakan bahawa saya adalah seorang wanita yang kuat. Kalau saya tolak nanti suami saya cakap saya seorang yang lemah pula. Jadi saya terima. 

“Ketika itu memang saya sudah reda andai saya terberanak di set penggambaran kerana saya memang sudah betul-betul sarat. Kami selalu habis penggambaran sekitar pukul tujuh pagi. 

“Tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa mengalami sebarang kecederaan. Dan saya selamat melahirkan seminggu selepas habis penggambaran,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Buas. 

Kongsi Wawa lagi, seandainya dia terberanak di set penggambaran, dia akan berehat selama beberapa hari dan kembali semula ke set penggambaran dengan menggunakan bantal di perutnya. 

Selain Wawa, filem Abnormal : Buas dibintangi oleh Aeril Zafrel sebagai pelakon utama disamping pelakon-pelakon handalan yang lain seperti Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila, Kodi Rasheed, Nabila Huda, Shaheizy Sama, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan Ahmad Yatim. Menariknya filem ini turut menampilkan anak perempuan mereka iaitu Hayla sebagai salah seorang pelakon. 

Bercakap mengenai filem bergenre 'psycho thriller' ini, Aeril selaku penerbit dan pelakon berkata filem ini sebenarnya dihasilkan untuk tayangan di televisyen namun telah disarankan supaya naskhah ini diangkat ke layar perak. 

"Saya percaya jika arwah masih hidup, pasti hasil filem ini akan jadi lebih baik. Filem ini menjalani penggambaran selama dua minggu sahaja kerana pada mulanya memang kami tidak merancang untuk jadikan filem pawagam. 

"Tetapi memandangkan di pawagam sekarang ini tiada filem bergenre sebegini, jadi kenapa tidak kita hidangkan penonton dengan filem yang lain daripada filem-filem yang ada sekarang," katanya. 

Filem Abnormal : Buas sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 20 Jun 2024. - Getaran, 20 Jun 2024

Foto : Helmi Anuar, Instagram

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang