web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Tahniah Kepada Bekas Sahabat Saya Ruhainies Kerana Berjaya Meruntuhkan Masjid" - Bella Astillah

Bella memuatnaik nukilan tersebut selepas sah bercerai dengan Aliff Aziz tengah hari tadi

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 2:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang baru sahaja bercerai sebentar tadi telah berkongsi nukilan hatinya di Instagram.

Dalam nukilan tersebut, Bella mengucapkan tahniah kepada bekas sahabatnya iaitu Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid dan menjadi punca kedua orang anaknya kehilangan bapa mereka. 

“Buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” tulisnya. 

Bella yang sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini mengatakan dia tidak mampu mengubah seseorang walaupun telah banyak memberikan peluang.

“Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir. 

"Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang. 

"Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka,” tulisnya. 

Tulisnya lagi dia  redha dengan ketentuan Tuhan selain enggan membuka hati mencintai orang lain.

“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup. 

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam,” tulisnya. 

Terdahulu  Aliff Aziz dan Bella Astillah, sah bercerai talak satu kali kedua, pada pukul 1.11 petang di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difail Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. - Getaran

Foto: Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai Talak 1, Tidak Tuntut Sebarang Nafkah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Aliff Aziz Enggan Ceraikan Bella

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang