Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aliff Aziz Enggan Ceraikan Bella

Beri alasan tidak cukup masa untuk membuat keputusan yang besar serta masih sayangkan keluarganya.

Selebriti Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 3:00PM

Prosiding hari ini terpaksa ditangguhkan selepas Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astillah. - gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes penceraian antara penyanyi sensasi Aliff Aziz dan Bella Astillah terpaksa ditangguhkan kerana penyanyi warga Singapura itu enggan menceraikan isterinya dengan alasan tidak cukup masa dan masih sayangkan keluarga.

Sewaktu ditanya oleh Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, sama ada beliau bersetuju untuk melafazkan cerai pada hari ini, Aliff menjawab tidak bersetuju.

"Ini bukan keputusan yang saya boleh lakukan dalam masa sehari. Saya perlu masa untuk buat keputusan yang besar," katanya yang turut mengakui masih sayangkan keluarga.

Selepas mendengar jawapan Aliff, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Bella meminta mahkamah untuk mencadangkan pihak defendan supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk menceraikan Bella pada hari ini.

Hakim kemudian bertanya sekali lagi kepada Aliff sama ada dia bersetuju untuk melafazkan cerai pada hari ini, Aliff menjawab tidak.

Disebabkan tiada kata persetujuan, ahli jawatan kuasa pendamai (JKP) daripada kedua-dua belah pihak telah dilantik di mana Bella diwakili oleh kakak angkatnya, dan Aliff oleh ibunya. Laporan hasil JKP akan didengari pada 4 Jun 2024.

Sementara itu, Aliff sewaktu ditemui di luar mahkamah berkata beliau mohon diberikan ruang dan peluang untuk cuba menyelamatkan rumah tangganya.

"Saya akui saya lakukan banyak kesilapan. Bella juga ada buat silap. Di akhirnya nanti, ini bukan keputusan yang boleh dibuat secara terburu-buru," katanya.

@getaranmy Penyanyi sensasi Aliff Aziz enggan menceraikan Bella Astillah kerana perlukan lebih masa untuk buat keputusan dan masih menyayangi keluarga. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Pada masa sama, Bella pula tidak menyangka Aliff mengambil keputusan untuk tidak melafazkan cerai pada hari ini biarpun telah memberitahu bahawa beliau akan menjatuhkan talak selepas 31 Mac setelah selesai menjalani penggambaran drama.

"Saya ingat hari ini akan selesai semuanya. Sejujurnya saya sudah penat naik turun mahkamah.

"Kalau betul dia masih sayangkan saya dan tidak mahu bercerai, kenapa dia buka aib saya? Sedangkan saya nak simpan aib itu sampai ke mati," luahnya.

@getaranmy Bella Astillah kesal apabila Aliff Aziz enggan menceraikannya hari ini dan mempersoalkan dakwaan Aliff yang masih sayangkannya. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, pada 11 Mac lalu, memfailkan permohonan cerai terhadap Aliff secara `fast track’ di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, dengan atas antaranya sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang), iaitu selepas suaminya itu ditangkap berkhalwat sehari sebelumnya.

Penceraian secara ‘fast track’ membabitkan proses pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 tanpa perlu menunggu selama 90 hari untuk kes diselesaikan.

Ia lazimnya mengambil masa kurang enam jam untuk diselesaikan bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.

Bagaimanapun, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, tidak hadir pada sebutan kali pertama kes penceraian mereka, pada 13 Mac lalu dengan alasan ada urusan kerja serta terbabit penggambaran.

Hanya Bella yang hadir dengan ditemani ahli keluarganya. – Getaran, 4 April 2024

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

Pelihara maruah dan harga diri, wanita tidak perlu 'bercakaran' hanya kerana inginkan perhatian lelaki 

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 14 minit yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

Atta yang pernah menetap di Malaysia kini muncul dengan single terbaru berjudul Mantap Cuy kolaborasi bersama Kidd Santhe dan Saixse

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 11 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar