web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aedy Ashraf Tak Cemburu Dengan Sharnaaz Ahmad

Menurut Aedy dia menganggap Sharnaaz sebagai abang dan tidak cemburu melihat gandingan Amelia Henderson bersamanya dalam filem Blood Brothers

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 4:52PM

Aedy Ashraf menganggap Sharnaaz Ahmad sebagai abang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA : Pelakon popular, Aedy Ashraf mengakui tidak cemburu dengan Sharnaaz Ahmad yang bergandingan dengan Amelia Henderson dalam filem terbaru lakonan mereka, Blood Brothers.

Dalam hantaran yang dimuat naik Sharnaaz di Instagram, kelihatan Sharnaaz memuji Amelia sebagai seorang pelakon yang bagus. Malah dia mengakui sering mengusik Amelia di set penggambaran.

"Tak pernah kenal dengan dia sebelum ini. Ini kali pertama saya mengenali dan berkerja bersama. Ya, saya sangat memilih siapa gandingan pelakon wanita dalam filem sebab saya 'poyo'.

"Dan Amelia adalah pilihan yang tepat untuk filem Blood Brothers. Selepas dia berlakon, saya tak dapat lihat mana-mana pelakon wanita yang boleh bawa watak ini sebaik Amelia.

"Dia sangat cantik, hebat dan sangat berbakat besar. Dia adalah pelakon wanita kegemaran saya sekarang. Titik.

"Terima kasih Amelia kerana berdisiplin, komited, menepati masa dan sangat bagus dalam filem ini. Kalau selalu kena usik itu biasalah sebab saya memang gatal pun," tulisnya di bahagian kapsyen.

Malah dalam satu gambar, kelihatan Sharnaaz memegang pinggang Amelia sehingga dia dikecam netizen kerana dikatakan tidak menjaga perasaan Aedy Ashraf yang merupakan kekasih Amelia.

Aedy sewaktu ditemui pihak media ketika pelancaran filem Kahar: Kapla High Council berkata, dia sama sekali tidak cemburu dengan Sharnaaz.

"Sharnaaz ibarat abang untuk saya dan Amelia. Walaupun saya lebih senior daripada dia dalam industri, tetapi dia lebih tua daripada saya.

"Teguran dan pujian yang diberikan kepada Amelia saya rasa satu pujian yang membina. Jadi tak perlu nak marah-marah dia.

"Saya tidak lihat perkara ini sebagai sesuatu yang negatif. Amelia memang seorang aktres yang bagus. Siapa-siapa nak puji dia pun boleh. Sudah tentu dia layak terima pujian.

"Jadi tidak mungkin saya cemburu dengan Sharnaaz. Kami sama-sama dalam industri ini," katanya.

Aedy ditemui pihak media ketika pelancaran filem Kahar: Kapla High Council.
Aedy ditemui pihak media ketika pelancaran filem Kahar: Kapla High Council.

Terbaru nama Aedy diumumkan sebagai antara pelakon utama untuk filem terbitan Astro Shaw, Kahar: Kapla High Council dan akan memegang watak sebagai abang kepada Kahar lakonan Amir Ahnaf. - Getaran, 12 Jun 2024

Foto : Instagram, Helmi Anuar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang