web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selebriti Di Festival Cannes Pamer Solidariti Bersama Palestin Menerusi Fesyen

Personaliti terkenal dunia secara halus sampaikan sokongan kepada Palestin melalui pakaian dan aksesori mereka semasa melangkah di karpet merah

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 8:14AM

Cate Blanchett menggayakan busana bermotifkan bendera Palestin di Festival Filem Cannes 2024. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA – Selebriti di Festival Filem Cannes ke-77 di Perancis menunjukkan solidariti dengan Palestin pada Sabtu dengan menggunakan bendera Palestin dan motif tembikai pada pakaian mereka, lapor Agensi Anadolu.

Personaliti terkenal dunia yang menghadiri festival filem dari 14 hingga 25 Mei itu secara halus menyampaikan sokongan kepada Palestin melalui pakaian dan aksesori mereka semasa melangkah di karpet merah.

Model terkenal Amerika yang berdarah Palestin, Bella Hadid, menarik perhatian dengan gaun merahnya yang direka menggunakan keffiyeh.

Hadid, yang telah menyatakan sokongan untuk Palestin berulang kali, mendapat pujian di media sosial kerana menunjukkan solidaritinya dengan Palestin melalui gaun yang diinspirasikan oleh keffiyeh.

Pelakon pemenang Oscar, Cate Blanchett yang menghadiri festival itu, menjadi topik sohor kini di media sosial dengan pakaian yang mengingatkan pada bendera Palestin.

Blanchett, yang sebelum ini meminta gencatan senjata di Semenanjung Gaza, menarik perhatian apabila gabungan depan hitam dan belakang merah jambu serta hijau pada gaunnya, yang bersatu dengan karpet merah, mengingatkan bendera Palestin.

Pengguna media sosial memuji cara bijak Blanchett menunjukkan solidariti dengan gaunnya.

Sementara itu, pelakon British Pascale Kann mengenakan pakaian dengan tulisan Arab yang berbunyi Palestin bila dibaca dan pelakon India Kani Kusruti menghadiri tayangan perdana filemnya di festival itu dengan beg berbentuk sepotong tembikai.

Pelakon Perancis berdarah Algeria, Leila Bekhti, memakai kerongsang bermotif tembikai, simbol solidariti dengan Palestin.

Kerongsang di kolar gaun hitamnya semasa berjalan di karpet merah sepanjang 60 meter sebelum tayangan filemnya menerima pujian di media sosial.

Pelakon Itali Jasmine Trinca menunjukkan sokongannya dengan memakai kerongsang bermotif bendera Palestin, manakala pelakon Australia Guy Pearce memakai gelang yang terdiri daripada warna-warna bendera Palestin.

Pengarah Maghribi, Asmae El Moudir, bergambar untuk wartawan dengan menunjukkan bendera Palestin yang dijahit pada sarung tangannya. – BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kibaran Bendera Palestin Di Menara Condong Pisa, Itali

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Serah Kepada IPT Tunjuk Solidariti Kepada Palestin Ikut Cara Masing-Masing

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang