web statsweb stats

Berita Terkini

45 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 46 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inisiatif Utamakan Artis Veteran Dalam Penganjuran Majlis, Program Ringankan Beban Kewangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2024 8:07AM

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, DJ Dave berkata inisiatif utamakan artis veteran dilihat sebagai bukti keprihatinan terhadap nasib mereka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha Kementerian Komunikasi mengangkat artis veteran dengan memberikan keutamaan kepada mereka membuat persembahan dalam majlis dan program kementerian sememangnya ditunggu-tunggu golongan tersebut.

Menyambut baik pendekatan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil itu, rata-rata artis veteran berpendapat langkah tersebut bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan artis malah secara tidak langsung menghidupkan kembali karier mereka dalam industri hiburan tanah air.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave berkata pihaknya mengalu-alukan inisiatif berkenaan yang dilihat prihatin terhadap nasib artis veteran.

"Syukur Alhamdulillah, langkah ini tepat, kita memang nantikannya, dapatlah artis veteran sara hidup mereka dan mencari pendapatan.

"Kesian sesetengah artis lama tidak mempunyai persembahan, dengan adanya pendekatan ini sedikit sebanyak akan membantu mereka dan karier mereka juga tidak mati," katanya ketika dihubungi Bernama.

Penyanyi popular tahun 70-an itu berkata sejak 12 tahun penubuhan YKAT, yayasan itu telah membantu 1,900 artis termasuk artis veteran dari seluruh negara.

"Setakat ini, YKAT telah memberikan pencen kepada lapan artis yang menghidap pelbagai penyakit dan kita berharap kerajaan juga dapat membantu menambah dana yayasan agar lebih ramai anak seni khususnya golongan veteran dapat disantuni," katanya.

Presiden Seniman Zed Zaidi yang turut menyambut baik usaha Kementerian Komunikasi itu mencadangkan kerajaan mewujudkan dasar menetapkan 30 peratus artis veteran di dalam setiap persembahan atau penggambaran.

"Dasar ini penting supaya ia menjadi polisi berterusan yang boleh dijadikan garis panduan tetap Kementerian Komunikasi dan semua agensi di bawahnya.

"Ini secara tidak langsung akan menjadi rujukan kepada kementerian lain apabila ingin menjemput artis tidak kira untuk persembahan mahupun penggambaran," katanya.

Penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman berkata usaha mengutamakan artis veteran bertepatan dengan situasi industri seni hari ini yang sering meminggirkan artis lama yang pernah mewarnai kehidupan masyarakat selama ini.

"Saya juga berharap agar Kementerian Komunikasi melakukan sesuatu bagi memastikan setiap program atau majlis anugerah di stesen-stesen televisyen khususnya memberi peluang kepada golongan seperti kami untuk turut serta. Ada yang masih aktif dan mahu terus mewarnai industri hiburan tanah air.

"Kami juga berharap kerajaan dapat melihat kepada syarikat-syarikat penerbitan filem atau televisyen yang menawarkan bayaran tidak setimpal pada artis veteran," katanya.

Terdahulu Fahmi ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di Putrajaya semalam, memberi saranan supaya keutamaan diberikan kepada artis veteran untuk membuat persembahan dalam program di bawah kementerian berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar