web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

Selepas dikecam hebat dan namanya termasuk dalam senarai Blackout2024, Daiyan pilih batalkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa pro Israel.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2024 7:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Daiyan Trisha,32, hari ini tampil mendedahkan bahawa dia telah mengambil tindakan drastik membatalkan kontrak dengan beberapa jenama antabangsa pro Israel. 

Daiyan yang membuka mulut kepada portal Mstar menjelaskan, tindakan itu dibuat setelah mengambil kira teguran orang ramai sejak kempen Blockout2024 bermula hujung minggu lalu.  

"Saya ingin maklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama.

"Saya terima segala teguran, dan saya ambil serius tentang isu ini dan ini adalah tindakan dan menunjukkan pendirian berterusan saya," ujarnya kepada portal terbabit. 

Bagaimanapun, pelakon siri High Council ini enggan mendedahkan kerugian dan penalti yang harus ditanggung oleh pihaknya memandangkan ia melibatkan jenama yang berbeza.

Awal minggu lalu, Daiyan menerusi Instagram Story (IGS) tampil ‘membela diri’ apabila namanya turut tersenarai dalam kempen Blockout2024. 

Pada perkongsian yang dilakukan secara berturut-turut itu, Daiyan Trisha memuat naik resit-resit yang menunjukkan sumbangannya kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestine.

Setiap resit yang setiap satunya berjumlah RM25,000 itu disalurkan kepada Mercy Malaysia, Global Peace Mission Malaysia, Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan Viva Palestina Malaysia.

Dalam masa yang sama, Daiyan juga menegaskan bahawa setiap orang punya cara masing-masing dan dia sama sekali tidak pernah melupakan saudara Islam di Palestine, malah dia juga meminta maaf jika cara dibuatnya tidak seperti yang dimahukan oleh orang lain. - Getaran, 16 Mei 2024

Foto : Instagram

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang