Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Daud Kim Menipu?

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Apr 2024 9:25PM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa hari selepas seorang artis Korea Selatan, Daud Kim, memuat naik video menunjukkan beliau membeli sebidang tanah, yang dikatakan untuk pembinaan sebuah masjid di Incheon, Seoul, timbul dakwaan bahawa beliau sebenarnya menipu.

Tanpa menamakan Daud, Pempengaruh, Farah Lee, atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, melalui satu hantaran di akaun Instagram, hari ini, mendakwa bahawa hasrat yang dinyatakan penyanyi berkenaan, yang juga seorang mualaf, kelihatan mencurigakan, susulan beberapa laporan media serta temubual dengan wartawan di negara asalnya.

Sambil menasihati rakyat Malaysia untuk berhati-hati, Farah berkata, individu berkenaan menyatakan dalam hantarannya sebelum ini bahawa beliau mahu membina sebuah masjid, namun lain pula jawapannya apabila ditanya wartawan Korea Selatan.

Katanya, ketika ditanya, individu itu memaklumkan beliau akan menyediakan ruang untuk membuat ‘content’ dan ‘mungkin sedikit ruang untuk solat’.

“Jadi dermawan boleh tapi kena bijak dan berhati2 juga ya. Saya involved dengan program dan komuniti dakwah Korea sejak 2011 lagi, sehingga sekarang untuk sewa ruang bagi aktiviti2 dakwah pun tersangat lah susah, apatah lagi nak bina masjid.

“Di post, beliau mention untuk 'bina masjid', tapi bila ditanya wartawan Korea, katanya akan sediakan ruang untuk buat 'content' dan mungkin sedikit ruang untuk solat. Nampak fishy di situ,” katanya.

Melalui hantaran berkenaan, Farah yang dikatakan mahir dengan Korea serta Bahasa Korea selepas tinggal dan belajar di negara itu selama lima tahun, menyarankan untuk semua rakyat Malaysia tidak menyalurkan derma kepada mana-mana akaun bank persendirian biarpun untuk tujuan dakwah.

Beliau berkata, ia berikutan kerajaan negara itu mengharamkan akaun persendirian digunakan untuk mengumpul sumbangan, dan jika ia didapati penipuan, sukar untuk mendapatkan semula wang yang disalurkan itu.

Katanya, seorang pegawai dari daerah di bandar Incheon juga memaklumkan individu berkenaan hanya menandatangani kontrak jual beli tanah dan belum lagi mendapatkan hak milik terhadap hartanah berkenaan.

Selain itu, kawasan atau tanah yang dimaksudkan juga kawasan hijau semula jadi dengan peraturan ketat sehingga jika pun sebuah masjid dapat didirikan, keluasannya adalah antara 65 meter persegi hingga 100 meter persegi.

“Selain itu, sebagai seseorang yang terlibat secara aktif dalam projek amal dan pengumpulan dana, saya menekankan kepentingan menjalankan inisiatif tersebut dengan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar untuk memastikan pengurusan dana yang teliti dan audit dana yang telus.

“Saya faham bahawa rakyat Malaysia sangat dermawan dan sentiasa menyokong dakwah Islam, tetapi marilah kita tetap berwaspada dan mengikuti ajaran Islam untuk mengelakkan dari tertipu dan dieksploitasi,” katanya.

Farah yang menggunakan akaun @farahlee_ turut menyertakan pautan dan artikel berkaitan temubual Daud dengan media Korea Selatan.

 Turut disertakan satu perbualan dengan seseorang dari negara berkenaan, yang mendakwa apa dikatakan artis berkenaan sebagai satu ‘perangkap’ kerana jika hanya sebuah surau atau musola yang didirikan, azan tidak boleh dilaungkan seperti mana yang dibenarkan di masjid.

Selain itu, dikatakan keadaan jalan ke kawasan berkenaan juga tidak sesuai, menyebabkan tidak mungkin kebenaran diberikan bagi pembinaan sebarang kemudahan keagamaan.

Getaran sebelum ini melaporkan penyanyi K-pop popular dan YouTuber Jay Kim yang kini dikenali sebagai Daud Kim berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bahawa beliau sudah menandatangani kontrak untuk mendapatkan tapak bagi membina masjid di Incheon, Seoul, Korea Selatan.

Menerusi hantaran di akaun Facebooknya, Daud memaklumkan selain bercadang untuk membina masjid di atas tanah terbabit, beliau juga mahu membina studio podcast untuk berdakwah. – Getaran, 17 April 2024

Sorotan

1

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

2

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

3

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

4

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

5

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

6

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

Drama ini juga telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 8 jam yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

Bagi Erma, industri hiburan tanah air menjadi huru hara ekoran masalah yang dicetuskan oleh orang luar, jadi sebaiknya Sarah dan Aliff pulang ke Singapura, sete...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 12 jam yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

oleh Wartawan Hiburan Getaran