web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hun Haqeem Sedia 7 Pasang Baju Melayu, Bakal Beraya Di Sarawak

Hun mahu masyarakat yang tinggal di semenanjung turut mengamalkan tradisi masyarakat Sarawak yang memakai Baju Melayu sepanjang bulan Syawal.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 8:11PM

Hun Haqeem bakal memperagakan Baju Melayu sepanjang Syawal ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kacak, Hun Haqeem telah menyediakan sebanyak tujuh pasang baju Melayu sempena Syawal tahun ini.

Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 26, sudah menjadi tradisi masyarakat di Sarawak menggayakan baju Melayu sepanjang sebulan menyambut Aidilfitri.

"Tahun ini saya akan balik beraya di Kuching selama tujuh hari. Sambutan hari raya di Sarawak sangat meriah. Berbeza dengan di tempat lain.

"Kalau di Sarawak kami akan memakai baju Melayu sepanjang Syawal. Kita boleh tengok di mana-mana orang pakai baju Melayu termasuklah di pasar.

"Anda yang beraya di Semenanjung tu, tolonglah cuba tradisi ini. Jangan buka baju Melayu tu.

"Tahun ini saya sediakan tujuh pasang baju melayu. Bagasi saya penuh dengan baju raya sahaja," katanya kepada Getaran.

Jika kebanyakan anak lelaki dikatakan memegang tugas sebagai pembeli ais di hari raya, namun lain pula bagi Hun. Dia lebih gemar duduk di dapur.

"Saya memang suka duduk di dapur. Tugas cuci pinggan mangkuk boleh serah pada saya. Nak potong lemang ke, saya boleh buat," kongsinya.

Wajah kacak Hun juga bakal menemani anda Syawal ini kerana dia akan muncul dalam telefilem ‘Cinta Wrong Direction’ yang akan disiarkan di saluran Astro Ria. – Getaran, 10 April 2024

Foto : Astro, Helmi Anuar

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

oleh Rahayu MN