web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bapa Catriona Ross Meninggal Dunia

Catriona dan keluarganya sempat menyambut Aidilfitri bersama bapanya di Scotland, tahun lalu

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 8:19PM

Catriona Ross dan anaknya sempat menyambut Aidilfitri bersama bapanya di Scotland tahun lalu - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bapa kepada pelakon, Catriona Ross iaitu Bahrin Ross meninggal dunia di Edinburgh, Scotland, Jumaat lepas.

Khabar duka itu dikongsi oleh Catriona sendiri menerusi hantaran Instagramnya  semalam.

“Ini adalah berita yang sangat menyedihkan dan paling sukar untuk saya kongsikan  selepas kehilangan ibu pada 2013.

“Mewakili keluarga, saya ingin maklumkan ayah saya sudah kembali bertemu Penciptanya pada Jumaat bersamaan 25 Ramadan,” katanya.

Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, dia akan sentiasa mengingati bapanya sebagai seorang yang peramah dan selalu memberi sokongan kepada dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Dia seorang lelaki yang sentiasa tersenyum dan sangat ramah. Al-Fatihah buat lelaki yang mengajar saya menjadi berani dan menjadi saya seorang yang terbaik," katanya.

Pada Februari 2013, pelakon itu kehilangan ibunya  dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas ekspress di Km 61.8 Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Gerik, Perak.  - Getaran, 6 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang