web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sejenak Bersama Pink Sweat$

Editor Gaya Hidup dan Hiburan Getaran sempat meluangkan masa bersama penyanyi Amerika Syarikat Pink Sweat$ secara panggilan maya khas sempena pelancaran album terbarunya minggu ini.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 10:11AM

Gambar: Warner Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini saya ada mendengar lagu ‘At My Worst’ dimainkan di stesen-stesen radio bahasa Inggeris dan dinyanyikan semula oleh ramai penyanyi di media sosial. Saya sendiri meminati lagu itu berkat melodinya yang mengasyikkan, lirik yang indah serta suara penyanyinya yang sangat merdu. 

Jadi, kala saya ditawarkan wawancara eksklusif bersama penyanyinya lewat panggilan video Zoom oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia, saya tidak menolak pelawaan tersebut kerana saya tahu peluang sedemikian tidak mudah untuk diperolehi walaupun untuk beberapa minit sahaja.

Syot layar sesi temu ramah bersama Pink Sweat$
Syot layar sesi temu ramah bersama Pink Sweat$

Pink Sweat$ merupakan fenomena terbaru dunia pop dan R&B masa kini. Anak kelahiran Philadelphia, Amerika Syarikat ini sebenarnya bernama David Bowden, namun memilih warna kegemarannya, merah jambu (pink) menjadi sebahagian daripada nama pentasnya selepas bergelar penyanyi.

Berasal dari sebuah komuniti yang sederhana, dia mula jatuh cinta pada muzik semasa menghadiri acara di gereja.

“Semasa kecil saya hanya ingin menjadi seorang pemain dram. Tidak lebih dari itu. Saya tidak pernah menyimpan angan-angan besar. Bermain dram merupakan cinta pertama saya ketika saya menemui alat muzik tersebut di gereja.

Namun, tanpa saya sedari semasa membesar saya mula berminat kepada penciptaan lagu dan nyanyian. Saya sama sekali tidak menyangka satu hari nanti, lagu saya bakal dinikmati oleh pendengar yang berada di benua lain seperti di Malaysia. Dan kalau anda nak tahu, tidak ramai yang berjaya meraih cita-cita mereka di tempat kelahiran saya. Jadi kejayaan saya ini benar-benar bagai mimpi,” katanya membuka bicara secara maya.  

Gambar: Warner Music Malaysia
Gambar: Warner Music Malaysia

Langkah jejaka ini untuk memilih warna merah jambu menjadi sebahagian daripada identitinya juga merupakan satu langkah yang berani menurut saya. Apatah lagi, warna itu jarang diminati oleh kaum Adam. Namun PinkSweat$ selesa dengan personaliti dan imejnya yang tersendiri. 

Malah album penuhnya yang bakal muncul hujung minggu ini juga berjudul Pink Planet dan tetap menggunakan kata merah jambu atau pink. Walau bagaimanapun, dia masih seperti tidak percaya yang dia akan melancarkan sebuah album yang ditunggu-tunggu oleh peminat di serata dunia. 

“Semasa kecil kita sering berfikir keadaan akan menjadi bertambah baik walau apapun yang terjadi pada kita. Namun setelah dewasa kita biasanya sedar tak semua perkara mudah diselesaikan dan kadang kala kita putus harapan dan menjadi lebih pesimistik. Tapi bila saya lihat kedudukan saya sekarang, saya rasa seperti seorang kanak-kanak semula dan kerap mengingatkan diri saya bahawa, segalanya mungkin dan tiada yang mustahil. Saya rasa seperti seorang adiwira. Saya sebenarnya adiwira diri sendiri,” ungkapnya lagi.

Katanya jika dia tidak memilih jalan seni, dia mungkin akan terbabit dalam kerja-kerja amal.

“Saya memang ada membantu projek-projek kebajikan dengan menderma namun bukan projek saya sendiri. Jadi jika tidak bergelar pemuzik atau penyanyi, mungkin itulah kerjaya yang saya akan lakukan. Saya mahu memulakan badan kebajikan sendiri dan melihat sendiri ke mana perginya bantuan  dan derma yang dikumpul,” jelasnya. 

Biarpun Amerika Syarikat merupakah salah satu negara yang paling teruk dihentam pandemik COVID-19, dia tetap berharap untuk ke Malaysia dan bertemu para peminatnya kala keadaan mengizinkan nanti.

Gambar: Warner Music Malaysia
Gambar: Warner Music Malaysia

“Destinasi impian saya sebenarnya adalah Dubai. Dari kecil lagi saya selalu berangan hendak melawat Dubai sambil menaiki penerbangan kelas pertama dan menginap di hotel-hotel mewah dalam bangunan-bangunan tinggi yang sering saya tonton di TV. Tapi saya pasti akan singgah ke Malaysia untuk bertemu peminat saya di sana,” katanya sambil berjenaka. 

Kala ditanya tentang harapannya untuk albumnya yang akan muncul hujung minggu ini, dia memberitahu yang dia mahukan yang terbaik.

“Saya harap semua yang mendengarnya akan menyukainya dan mengatakan bahawa inilah muzik. Saya mahu mengangkat semula martabat lagu-lagu cinta dan saya mahu semua orang menyanyi tentang cinta lagi kerana sekarang di Amerika Syarikat, kebanyakan lagu adalah tentang dadah dan kekejaman. Itu bukan cinta. Kami sudah jarang mendengar lagu cinta, jadi saya ingin mempopularkan cinta semula. Seperti mana kalian di Malaysia menyukai lagu-lagu cinta,” jawabnya dengan senyuman mengakhiri bicara. 

Album terbaru Pinksweat$ yang berjudul Pink Planet akan dikeluarkan pada 12 February 2021, yang kebetulan adalah dua hari sebelum hari jadinya yang jatuh pada hari Kekasih 14 Februari. Kami peminat lagu cinta di Getaran menantikan album tersebut dengan penuh harapan. – Getaran, 8 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

4

Muzik 2 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS