web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan, Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Melawat Bernama

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 8:51PM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin ketika berangkat melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bemama) hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bemama) di sini hari ini.

Ini adalah kunjungan kedua Sultan Sharafuddin, selepas kali pertama baginda yang ketika itu Pemangku Raja Selangor melawat Wisma Bernama pada 10 Julai 1986.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada 11 pagi disambut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.

Hadir sama Ketua Pengarang Bernama (menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif) Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Nasriah Darus serta pegawai-pegawai kanan Bernama.

Sebaik tiba, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyaksikan pameran foto di ruang lobi yang memaparkan gambar-gambar menarik hasil bidikan lensa petugas Bernama.

Pasangan di-Raja itu kemudiannya dibawa melawat Jabatan Pengarang, dan sempat menyaksikan koleksi peralatan media termasuk kamera, dron serta baju kalis peluru digunakan petugas Bernama yang dipamerkan, sebelum diberi taklimat mengenai berhubung operasi Bernama.

Bernama yang berperanan sebagai sumber berita nasional mula beroperasi pada 20 Mei 1968, dan ia agensi di bawah Kementerian Komunikasi.

Selaras dengan perkembangan industri media, Bernama bukan sahaja hanya menyalurkan berita kepada pelanggan melalui perkhidmatan 'wires' tetapi turut mempunyai saluran televisyen dan radionya sendiri yang dikenali sebagai Bernama TV dan Bernama Radio.

Bernama juga mempunyai kira-kira 5 juta pengikut di pelbagai platform sosial media antaranya Facebook, TikTok, X, Instagram dan YouTube.

Sultan Sharafuddin yang sememangnya meminati seni fotografi turut meluangkan masa kira-kira 10 minit bertanyakan mengenai koleksi kamera dan dron yang digunakan jurufoto Bernama ketika membuat liputan berita.

la termasuk kamera jenis Nikon D5 dengan lensa bersaiz 800mm seberat tujuh kilogram yang banyak digunakan untuk liputan berita sukan selain digunakan semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai 2019.

Selain itu, baginda berdua turut berkenan mendengar taklimat berhubung Financial Information System dibangunkan oleh Bernama, yang memaparkan data masa nyata (real time) daripada Bursa Malaysia mengenai prestasi sebenar pasaran saham Malaysia.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin seterusnya berkenan menerima sembah taklimat daripada Fahmi mengenai perkembangan rangkaian 5G dalam negara.

Terdahulu, Wong turut menyampaikan sembah taklimat kepada pasangan di-Raja itu mengenai peranan Bernama sebagai wadah informasi untuk rakyat serta sejarah agensi berita itu yang berpaksikan kepada sumber berita yang tepat dan dipercayai.

Usai lawatan di Jabatan Pengarang, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat studio berita Bernama TV dan menyaksikan klip rakaman realiti terimbuh (AR- augmented reality) dan realiti maya (VR - virtual reality). - BERNAMA

Foto : BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN