web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong dan Raja Permaisuri Agong Baca Berita Raih Perhatian Rakyat, Pujian Warganet

Menerusi Buletin Diraja yang bersiaran selama 15 minit itu, baginda berdua berkenan menyentuh tiga laporan utama berita iaitu tentang nasi lemak, ternakan ikan patin di Pahang dan isu perpaduan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 10:40AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika menyampaikan berita. - gambar Buletin TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejarah tercipta apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat penampilan istimewa sebagai pembaca berita Buletin Utama di TV3, pada Rabu, jam 8.00 malam.

Penampilan pasangan Diraja ini melalui slot khas Buletin Diraja, seperti yang dijangka mendapat perhatian rakyat jelata.

Menerusi Buletin Diraja yang bermula jam 8 malam itu, baginda berdua berkenan menyentuh tiga laporan utama berita menyentuh tiga laporan utama berita iaitu tentang nasi lemak, ternakan ikan patin di Pahang dan isu perpaduan.

Penampilan julung-julung kali yang melibatkan pasangan Diraja ini sudah pastinya terpahat di memori rakyat jelata.

Berdasarkan pemerhatian, penstriman secara langsung di YouTube rasmi program itu malam tadi mencatatkan hampir 70,000 penonton.

Menjenguk komen-komen di Instagram Istana Negara, slot khas Buletin Diraja yang disiarkan secara eksklusif itu mendapat perhatian ramai.

Kebanyakan warganet meninggalkan komen positif serta mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.

"Most Popular (and comels) pembaca berita TV3 has. Daulat Tuanku. It was so fun to watch", komen selebriti @daphneiking.

 "Momen yang takkan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Daulat Tuanku," tulis @aminzikryy.

 "Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu Agong dan Permaisuri", komen @nurfathiahadnan pula.

Dalam lawatan ke Media Prima Berhad pada Rabu, Seri Paduka baginda berdua berkenan menerima sembah taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melawat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan melawat Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali dan pengurusan kanan Media Prima Berhad. – Getaran, 18 Januari 2024

Foto : Buletin TV3 dan BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN