web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Faizal, Anas Tahir Meninggal Dunia

Faizal memohon agar sesiapa yang mengenali ibunya itu untuk menghalalkan makan dan minum serta mengampunkan segala kesilapannya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 12:19PM

Anas Tahir berkongsi gambar bersama Allahyarham Muzlipah Aisha Pawanteh di akaun Instagramnya. - gambar Instagram Anas Tahir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu kepada penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir dan pengacara radio, Anas, Muzlipah Aisha Pawanteh, meninggal dunia pada pagi tadi.

Khabar duka itu disampaikan sendiri oleh Faizal menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

“Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi mama, cinta hati pertama saya. Mama dah buat yang terbaik untuk kami semua.

“Anak-anak masih ada urusan di dunia. Kami menyusul kemudian. InsyaAllah," kongsi Faizal.

Dalam masa yang sama, Faizal juga memohon agar sesiapa yang mengenali ibunya itu menghalalkan makan dan minum serta ampunkan segala kesilapannya.

"Kepada yang mengenali ibu saya, Muzlipah Aishah bte Pawanteh, mohon dihalalkan segala makan minum beliau dan diampunkan segala kekurangan dan salah silap beliau selama dalam kenalan.

“Terima kasih. Jazaakumullaahu khayr," pinta Faizal.

Kesedihan keluarga itu turut dikongsi Anas melalui akaun Instagramnya, yang turut memaparkan gambarnya bersama Allahyarham Muzlipah.

“Terima kasih doakan anak-anak mama selama 48 tahun. Mama... Terima kasih mama usung anak-anak mama dalam perut mama sampai bengkak-bengkak kaki mama yang comel tu untuk 7 orang anak mama termasuk seorang yang mama pernah gugur dulu.

“Mama... Sekarang anak-anak mama akan doakan mama pulak dengan berbaki usia hidup kami yang menjadi rahsia Allah Azzawajalla ni ok mama.

“Mama... Sorry banyak buat tergelak dengan Anas walaupun dalam mama dok terbaring hari tu.. Anas tak buat lawak. Tapi mama tergelak jugak sampai Anas cakap.. "mama jangan la gelak k.. Mama tak larat tu.." sorry mama,” kongsinya.

Anas turut menyatakan kesedihannya tidak lagi dapat mengucup dan mengurut kaki ibunya mahu pun membuat panggilan video serta mengganggu ketika memasak.

Katanya, beliau juga akan merindui saat solat tarawih bersama-sama ibunya.

Sementara itu, stesen radio Zayan FM, iaitu tempat Anas bertugas, turut berkongsi berita sedih berkenaan dengan pendengarnya.

Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman dan salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Faizal serta Anas. – Getaran, 14 Januari 2024

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN