web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkahwinan Jason Momoa, Lisa Bonet Berakhir Dengan Perceraian

Setelah dua tahun berpisah, Bonet memfailkan perceraian.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 8:26PM

Jason Momoa dan Lisa Bonet ketika masih bersama.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang Aquaman, Jason Momoa dan isterinya, Lisa Bonet akhir mengambil keputusan untuk bercerai setelah dua tahun membawa haluan sendiri.

Media luar negara melaporkan tuntutan cerai dibuat oleh Bonet pada awal minggu ini di Mahkamah Los Angeles.

Dalam dokumen tuntutan perceraian tersebut, disebutkan bahawa alasan perpisahan adalah kerana terdapat banyak konflik yang tidak dapat diselesaikan dengan baik. 

Pasangan yang telah berkahwin selama 18 tahun itu juga telah sepakat untuk membahagikan aset yang dimiliki.

Selain itu, ia juga menyatakan mereka memiliki hak penjagaan bersama ke atas anak perempuan dan anak lelaki mereka yang kini masing-masing berusia 16 tahun dan 15 tahun.

Tuntutan cerai ini bakal mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan sebelum pihak mahkamah mengesahkannya secara rasmi.

Ini adalah perkahwinan pertama bagi Jason Momoa dan kedua bagi Lisa yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Lenny Kravitz.

Perkahwinan pertamanya itu dikurniakan  seorang anak perempuan, Zoe Kravitz.

Momoa mula berpacaran dengan Bonet pada 2005, dan hanya melangsungkan perkahwinan pada 2017. – Getaran, 11 Januari 2024

Foto : cosmopolitan.com

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

5

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

6

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN