web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fathia Latiff Naik Angin Gara-Gara Dibandingkan Dengan Zahirah McWilson

Komen pedas itu diluahkan oleh Fathia dalam satu sesi siaran langsung di TikTok

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 12:23PM

gambar Instagram Fathia Latiff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang Ariana Rose, Fathia Latiff pada Selasa mengundang perhatian netizen apabila dia menyamakan wajah rakan seindustri, Zahirah Mcwilson seperti pembantu rumah. 

Komen pedas berkenaan diluahkan oleh Fathia dalam satu sesi siaran langsung di TikTok selepas komen yang dimuat naik mengatakan Zahirah lebih cantik berbanding dirinya.

Mungkin kerana berasa terpukul, Fathia tanpa teragak-agak ‘bercerita’ yang kononnya isterinya pelakon Aiman Hakim Riza itu melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan bibirnya.

“Adakah anda pasti? Bagi saya dia kelihatan seperti bibik (pembantu rumah). Dia takkan boleh lawan saya. Pengikut dia dengan pengikut Aiman kalau bergabung pun, takkan boleh nak lawan pengikut saya.

“Dia buat bibir dia di Australia dan jangan menafikan saya lebih cantik berbanding dia,” luah Fathia dengan selamba.  

Tidak cukup dengan itu, Fathia juga meluahkan rasa syukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman, bekas teman lelakinya itu. 

“Terima kasih kepada Tuhan kerana dia bersama lelaki itu (Aiman), sebab saya pun tak nak dia,” katanya.

Malah, menurut Fathia, namanya pernah dibuang daripada menghadiri satu acara jenama mewah disebabkan pasangan suami isteri itu turut hadir dalam program berkenaan.

"Saya bersyukur kerana dia berkahwin dengan lelaki (Aiman) itu. Saya pun tak nak dia (Aiman).

“Aiman sebenarnya tidak berduit pun. Apa saja yang dia buat? Korang ingat anak Datuk kaya ke?

“Korang rasa mereka kaya ke? Mereka pun pinjam duit dekat oranglah," ujar Fathia dengan selamba. 

Video siaran langsung yang dikongsi di akaun Instagram @thenewsmalaysia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menempelak, ada yang menasihatinya supaya meneruskan kehidupan. 

Tidak habis di sini, pagi ini Fathia memuat naik satu hantaran video yang memperlihatkan wajah Zahirah McWilson dan dirinya ketika zaman kanak-kanak.

Lebih panas, Fathia meletakkan kapsyen:  “Bersama bibik saya. Klepek-klepek sama mantan gue (tergila-gilakan bekas kekasih saya)”. – Getaran, 9 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

5

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

6

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN