Berita Terkini

9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


“Artis Sekarang Lebih Kejar Populariti, Asyik Nyanyi Lagu Cinta ,” Zainal Abidin

Sempena 30 tahun lagu ‘Hijau’, legenda muzik Zainal Abidin bercerita tentang lagu kesayangan ramai itu dan kenapa karya zaman sekarang bak kayu yang tiada ukiran.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 1:00PM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar atau tidak, lagu ‘Hijau’ nyanyian Zainal Abidin sudah mencecah usia tiga dekad. Namun begitu, ‘Hijau’ masih lagi menjadi halwa telinga dan diterima oleh setiap generasi. 

Mengimbau kembali saat lagu tersebut dicipta, ia tidak begitu menarik perhatian orang di dalam industri muzik waktu itu yang tidak optimis kehadiran lagu itu bakal diterima umum. 

Namun, sangkaan mereka meleset sama sekali apabila ‘Hijau’ diterima baik malah menjadi siulan banyak orang hingga ke hari ini.

“Ia sesuatu yang berbeza dan baru kerana kebanyakan lagu yang memenuhi corong radio pada waktu itu lagu rock balada dan dangdut. 

“Pada awalnya, saya menerima respons dari kalangan orang industri mengatakan bahawa lagu ini mungkin tak akan dapat pergi jauh.

“Tapi saya kata, ini bukan tentang apa yang orang lain nak dengar. Ia tentang apa hasil terbaik yang para artis boleh persembahkan kepada pendengar. 

“Kalau produk anda (lagu, lirik dan melodi) adalah sesuatu yang positif, pasti ramai yang akan menerimanya,” katanya ketika ditemu bual The Vibes.

Elemen muzik yang teradun di dalam ‘Hijau’ begitu Malaysia sekali apabila ada bahagian liriknya menggabungkan beberapa bahasa dan loghat.

“Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan tinggal bersama-sama atuk. Dia terlibat dengan orkestra Inggeris dan Jepun. 

“Manakala nenek dan ibu saya sangat suka mendengar muzik tradisional seperti ghazal dan keroncong. Jadi secara tidak langsung, saya membesar dengan mendengar pelbagai jenis muzik. 

“Bukan itu sahaja, lingkungan tempat tinggal saya juga dihuni masyarakat yang berbilang kaum. 

“Jadi saya berpengalaman menghadiri majlis keramaian pelbagai budaya yang sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk saya berkarya,” tambahnya.

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman
Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

 

Revolusi industri muzik

Sebagai seorang veteran yang sudah lama memerhatikan perubahan industri muzik, penyanyi kelahiran Johor Bahru itu merasakan senario industri sewaktu era 80-an nyata berbeza dengan sekarang. 

“Dahulu industri dipenuhi artis berkumpulan seperti Search, Wings, Revolvers dan lain-lain. Namun kami tak bersaing atau atau ada isu meniru mana-mana artis kerana semua ada identiti tersendiri. Jadi mereka lebih merendah hati.

“Artis sekarang lebih fokus kepada mengejar populariti tapi tak tahu macam mana nak menyumbang. Generasi muda seperti mereka mempunyai kuasa mengawal pasaran kita hari ini. 

“Jadi, tak sepatutnya kita harus melambakkan lagu cinta yang dipenuhi fantasi. 

“Saya merasakan senario itu tidak sihat. Sudah masanya kita menyampaikan mesej cinta yang lebih luas seperti kepada keluarga, negara, kejayaan, kemanusiaan dan lain-lain,” ceritanya.

Menurutnya lagi, kunci untuk menghasilkan karya yang berkualiti haruslah melalui ilmu. 

Ada banyak orang yang bersandar kepada minat semata-semata namun tidak tahu bagaimana untuk menulis dan membaca muzik.

“Keinginan saya dalam muzik hanyalah datang daripada bakat. Jika ia diperkasakan dengan ilmu, mungkin saya boleh lakukan lebih dari sekarang.

“Masalah tentang industri muzik kita hari ini, kita hanya dengar bunyi, tapi kita tak dengar muzik. Liriknya berulang dan kualiti artisnya macam kayu yang tiada ukiran. 

“Muzik kita kurang halus sebab orang-orangnya penat dan malas. Rancangan realiti pula tidaklah benar-benar mencari artis tetapi memanipulasi penonton untuk mendapatkan banyak wang. 

“Artis veteran pula jarang dipanggil. Bukan kerana kos, tapi kerana mereka susah untuk dimanipulasi,” katanya mengakhiri temu ramah. - Getaran, 31 Mei 2021

Semua gambar: Gambar fail

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

oleh Rubini Nagarajah

Filem & TV 10 jam yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Beberapa persatuan perfileman dalam kenyataan berasingan hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan stesen televisyen terbabit dan menggesa Awesome TV membu...

Muzik 1 hari yang lalu

Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

“Saya rasa lagu ni lebih segar serta menyeronokkan. Belum ada lagu dengan gaya seperti ini. Malah secara peribadi ia sesuatu yang saya sendiri tidak pernah buat...

oleh Zara Sofea

Selebriti 1 hari yang lalu

Uyaina Arshad Disindir ‘Terpaling Ibu’ Kerana Sering Kongsi Pengalaman Menjadi Ibu

oleh Helmi Anuar