web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon, Ahli Politik Veteran Tamil, Vijayakanth Meninggal Dunia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 8:30PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan ahli politik veteran Tamil, Vijayakanth atau lebih dikenali sebagai 'Kapten' dalam kalangan peminatnya, meninggal dunia pagi ini di sebuah hospital swasta di Chennai, India.

Pelakon berusia 71 tahun itu menjalani rawatan radang paru-paru (pneumonia) sejak 20 November dan juga disahkan positif COVID-19.

Beberapa portal berita India melaporkan mendiang bergantung kepada alat bantuan pernafasan sebelum pemergiannya.

Vijayakanth, yang membuat penampilan sulung dalam filem 'Inikkum Ilamai' pada tahun 1979, membintangi 154 filem dan dianggap seangkatan dengan pelakon veteran Tamil, Rajinikanth dan Kamal Haasan.

Beliau amat terkenal dengan peranannya sebagai penduduk kampung yang baik hati dan pegawai kanan polis dalam filem seperti 'Chinna Gounder' (1991), 'Thavasi' (2001) dan 'Narasimha' (2001).

Sebagai tambahan kepada kerjaya filemnya, seperti kebanyakan idola skrin Tamil lain, Vijayakanth menceburi bidang politik dengan mengasaskan Desiya Murpokku Dravida Kazhagam (DMDK) pada tahun 2005.

Mendiang telah dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Tamil Nadu sebanyak dua kali dan menyandang jawatan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri dari 2011 hingga 2016.

Mendiang muncul sebagai kuasa penting dalam politik Tamil Nadu, mencabar tokoh-tokoh hebat seperti J. Jayalalitha dan M. Karunanidhi.

Pelakon itu sering dipuji kerana usahanya menghidupkan semula 'Nadigar Sangam' (Persatuan Seniman India Selatan) ketika ia bergelut dengan hutang besar.

Beliau menganjurkan beberapa persembahan di luar negara, termasuk di Singapura dan Malaysia, untuk mengumpul dana bagi persatuan itu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Vijayakanth telah menarik diri daripada aktif berpolitik kerana kesihatannya yang semakin merosot.

Penampilan terakhirnya dalam khalayak ramai adalah pada 14 Disember, semasa mesyuarat DMDK dengan isterinya, Premalatha, yang dilantik sebagai setiausaha agung parti itu.

Vijayakanth meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN