web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afdlin Shauki Pengerusi Baharu FDAM

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 4:13PM

Pengarah filem Datuk Afdlin Shauki kini Pengerusi FDAM. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah filem Datuk Afdlin Shauki dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang baharu bagi penggal 2024 hingga 2025.

FDAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemilihan itu dibuat berdasarkan undian majoriti ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Dwitahunan FDAM ke-25 di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Kelang, Selangor, semalam.

Menurut kenyataan, Afdlin menyatakan komitmen untuk membantu ahli-ahli persatuan ke tahap profesionalisme lebih tinggi dan menaikkan kembali imej persatuan itu.

"Tanggungjawab sebagai pengerusi FDAM suatu yang berat tetapi saya teruja untuk bersama rakan-rakan membawa suatu pembaharuan dan penjenamaan yang baharu supaya kita semua kembali berbangga memegang kad keahlian FDAM.

"Masalah FDAM tidak dihormati, mungkin apa-apa yang dilakukan pihak sebelum ini, itu kita letak ke tepi tapi kita menjenamakan semula FDAM ini menjadi tonggak utama untuk pengarah-pengarah di Malaysia. Kalau nak jadi pengarah mesti kena ada FDAM dan mesti diiktiraf sebagai ahli FDAM," katanya.

Selain itu, Afdlin berkata penyertaan menjadi ahli FDAM juga terbuka kepada pempengaruh digital agar golongan itu mengambil peluang menimba ilmu dan pengalaman bersama FDAM dan ahli-ahli senior yang banyak pengalaman dalam mengarah filem.

"Kita mendekati mereka kerana sekarang ini dunia 'content' ada di tangan mereka sebenarnya. Kita jangan sombong dan duduk dalam kepompong kita sebaliknya mesti membuka tangan kita menerima pembikin filem bebas tidak kira bangsa mahupun pergi ke mana saja agar kita sentiasa menyokong mereka dan akhirnya memperkasakan kembali filem-filem Malaysia yang menjadi objektif utama," katanya.

Datuk Afdlin Shauki bersama barisan kepimpinan baharu FDAM. - gambar FDAM
Datuk Afdlin Shauki bersama barisan kepimpinan baharu FDAM. - gambar FDAM
Datuk Afdlin Shauki pada sidang media FDAM. - gambar FDAM
Datuk Afdlin Shauki pada sidang media FDAM. - gambar FDAM

Selain jawatan pengerusi, sembilan jawatan lain turut dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi disandang oleh Khir Mohd Noor, Setiausaha (Mohamad Zaini Hassan) dan Timbalan Setiausaha (Don Hoe).

Loganathan Kanabathy pula dipilih sebagai Bendahari, Terry Chan sebagai Timbalan Bendahari dan empat Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Mohamed Faizal Syed Ariff, Elrafaei Sapi, Faisal Chal Ahmad dan Muhammad Aiman Mohammad Zaki. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN