web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akui Gunakan Bahasa Kasar, Kaka Azraff Tuntut Penjelasan 

Penyanyi ini tidak terkilan apabila kontrak ditamatkan, tetapi menuntut sebab yang jelas dan perbincangan yang adil daripada pihak Warner Music Malaysia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 9:07AM

Kaka Azraff

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Kaka Azraff pada Rabu tampil membuat sidang media selepas hampir seminggu kisah penamatan kontraknya menjadi bualan ramai. Dalam sidang media itu, Kaka menegaskan sehingga kini dia masih tidak mendapat penjelasan yang munasabah daripada Warner Music Malaysia berhubung penamatan kontraknya itu.

“Dalam notis penamatan kontrak, mereka tidak memberikan sebab yang jelas tentang penamatan kontrak itu. Bahkan, ketika perjumpaan baru-baru ini, mereka juga tidak memberikan sebab-sebab yang munasabah. Sebagai seorang artis rakaman dan di antara yang paling lama di Warner Music Malaysia, saya percaya seharusnya saya diberikan sebab rasmi yang membawa kepada penamatan kontrak ini. 

“Saya tidak terkilan dengan penamatan kontrak ini kerana percaya rezeki Allah ini luas, namun saya terkilan kerana ia ditamatkan tanpa menyatakan sebab jelas atau ruang perbincangan walaupun tempoh notis diberikan selama 30 hari," ujar Kaka kepada pihak media yang hadir.

Jelas Kaka lagi, pada perjumpaan 30 November lalu itu, pihak Warner Music Malaysia hanya meminta dia menurunkan tandatangan pada dokumen penamatan kontrak, tapi dia memilih untuk tidak melakukannya kerana ingin mendapatkan nasihat peguam terlebih dahulu. 

“Apabila saya bertanya kepada mereka, mereka hanya jawab perbuatan saya itu melanggar polisi global syarikat,” ujar Kaka. 

Mengulas tentang kenyataan Warner Music yang mendakwa penamatan kontraknya dibuat gara-gara penggunaan perkataan yang tidak sepatutnya, Kaka memberitahu dia maklum dengan perkara itu.

“Berkenaan dengan mesej langsung (DM) yang saya hantar kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic itu, saya menolak dakwaan yang mengatakan saya menyebarkan ucapan kebencian (hate speech). Ini kerana pesanan itu dihantar kepada pelakon itu secara peribadi, namun pihak sana yang bertindak menyebarkannya.

“Pesanan itu adalah respon kepada video propaganda Israel yang menggambarkan kononnya Israel tidak bersalah dan menyatakan orang-orang Gaza yang memilih kematian berbanding kehidupan. Sebagai seorang Islam dan juga seorang ibu, saya memang terkesan apabila melihat video kekejaman Israel dan saya beremosi. 

"Saya bukan antisemitik dan tidak bersifat perkauman seperti didakwa. Saya hanya meluahkan pendapat peribadi kepada individu itu, bukan memberikan komen secara terbuka.

"Saya akui, mungkin pilihan kata-kata saya agak keras, tetapi ketika itu saya sedang sangat marah. Mungkin saya seharusnya memilih kata-kata lebih sopan. Namun, saya tidak mahu memandang ke belakang lagi. Saya percaya di kala kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai berlaku di Gaza, berdiam diri bukanlah satu pilihan. Setiap orang perlu bersuara, walaupun secara menghantar mesej terus,” ulas Kaka tegas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Kaka, Aidil Khalid dari Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil berkata, ketidakadilan secara terangan berlaku apabila kontrak hanya memberikan keuntungan kepada pihak label, malah Warner Music Malaysia turut meletakkan klausa baharu.

"Jika merujuk kepada kepada surat notis penamatan kontrak, memang terdapat pernyataan yang melarang Kaka membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan imej Warner Music Malaysia, bagaimanapun, mereka sebenarnya tidak boleh berbuat begini kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan di antara kedua-dua belah pihak dan ia tidak dipersetujui secara bersama,” ulas Aidil.

Jelas Aidil lagi, pihak peguam telah menghantar surat balasan terhadap notis penamatan kontrak itu bagi pihak Kaka, bertarikh 5 Disember 2023. Tindakan undang-undang mungkin akan diambil jika penyelesaian secara baik tidak dapat dicapai di antara kedua-dua pihak. - Getaran, 7 Disember 2023

Foto : Afif Abd Halim

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jew Hate Database Umum Penamatan Kontrak Kaka Azraff

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Kenyataan Rasmi Warner Music Malaysia Berhubung Penamatan Kontrak Kaka Azraff

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kaka Azraff Artis Malaysia Pertama Menjadi Mangsa ‘Mainan’ Israel

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Lantang Sokong Palestin, Kaka Azraff Naikkan Kemarahan Penyokong Israel

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon