web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lantang Sokong Palestin, Kaka Azraff Naikkan Kemarahan Penyokong Israel

Kaka Azraff turut disenaraikan sebagai pembenci Yahudi oleh Jew Hate Database

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 8:08AM

Kaka Azraff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang menjulang anugerah menerusi lagu Gila, Kaka Azraff kini menjadi ‘sensasi’ dalam talian di kalangan penyokong Israel apabila dia dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya berhubung konflik Palestin – Israel.

Segalanya bermula apabila penyanyi ini bertindak membalas Instagram story (IGS) yang dimuat naik oleh pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic. Kaka dengan lantangnya telah menolak Israel dan bersetuju dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler yang terkenal dengan pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi.

“Kerana Israel adalah orang yang memulakan [perang]. Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa? Wtf [What the f**k]. Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel! F**king fa**ot!”, tulis Kaka.

Komen ditulis Kaka Azraff
Komen ditulis Kaka Azraff

Mesej yang dihantar oleh Kaka ini didedahkah oleh Buzolic dalam satu tangkapan skrin yang dikongsi ke akaun Instagram, Jew Hate Database.

Terpukul dengan kata-kata yang dilemparkan oleh penyanyi ini, penyokong tegar Israel mula ‘berkempen’ untuk menjatuhkan Kaka setelah Jew Hate Databased memperkenalkan beliau sebagai penyanyi yang bernaung di bawah label Warner Music Malaysia. 

Pada 13 Oktober lalu, label antarabangsa ini ada memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel dan turut melabel Hamas sebagai pihak pengganas. 

Jadi, kini timbul persoalan apakah tindakan yang akan diambil oleh Warner Music Malaysia berhubung isu panas ini? Ini kerana sejak semalam timbul dakwaan yang mengatakan kontrak Kaka bersama Warner Music Malaysia telah ditamatkan serta merta.

Pihak Getaran telah cuba mendapatkan maklum balas daripada pengurusan label ini, namun sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang respon diterima. - Getaran, 2 Disember 2023 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon