web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Rasmi Warner Music Malaysia Berhubung Penamatan Kontrak Kaka Azraff

Warner Music Malaysia dakwa penggunaan perkataan yang menyebabkan Kaka ditamatkan kontrak

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 6:44PM

Mesej yang dihantar oleh Kaka Azraff kepada pempengaruh pro-Israel.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas hampir seminggu tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung penamatan kontrak penyanyi Kaka Azraff, Warner Music Malaysia tampil mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu panas ini.

Jelas mereka, penamatan kontrak Kaka Azraff bukanlah berkait dengan kebebasan bersuara mengenai konflik Palestin – Israel, tetapi ia disebabkan penggunakan perkataan yang digunakan oleh pelantun lagu ‘Gila Ini’.

“Kaka Azraff adalah seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian. Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama”, jelas wakil dari Warner Music.

Kenyataan Warner Music Malaysia ini dibuat hanya beberapa jam sebelum sidang media bersama Kaka berlangsung pada jam 8.00 malam ini.

Terdahulu, kontrak Kaka Azraff bersama Warner Music Malaysia ditamatkan selepas Kaka menjadi ‘sensasi’ dalam talian dalam kalangan penyokong Israel apabila dia dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya berhubung konflik Palestin – Israel.

Menerusi satu salinan surat penamatan kontrak yang bertarikh pada 1 Disember 2023, kontrak bersama Kaka bersama Warner Music Malaysia akan berakhir pada pada 31 Disember 2023 ini. - Getaran, 6 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jew Hate Database Umum Penamatan Kontrak Kaka Azraff

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Akui Gunakan Bahasa Kasar, Kaka Azraff Tuntut Penjelasan 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kaka Azraff Artis Malaysia Pertama Menjadi Mangsa ‘Mainan’ Israel

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Lantang Sokong Palestin, Kaka Azraff Naikkan Kemarahan Penyokong Israel

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel