web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abby Abadi Mangsa Penipuan Dalam Aplikasi Telegram

Pelakon itu yang berkongsi mengenai kejadian berkenaan, mengakui disuruh membayar RM 29,770 untuk ‘urusan bank’ sebelum beliau boleh mendapat pulangan pelaburannya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 8:09PM

Abby Abadi. - gambar Instagram Abby Abadi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teruja dengan tarikan ‘pelaburan’ dalam aplikasi Telegram, pelakon Abby Abadi terpaksa berputih mata selepas ditipu ‘scammer’ sehingga kerugian RM18,500.

Menerusi hantaran di akaun Instagram, Abby memaklumkan beliau juga sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Abby malah turut berkongsi pengalamannya ditipu ‘scammer’ melalui hantaran itu supaya ia menjadi pengajaran kepada orang ramai.

“Mula-mula perasan nama dimasukkan dalam group telegram "Trade Free Income". Saya pantau saja apa yang berlaku dlm group tu.

“Mula-mula rasa was-was tapi lama jadi teruja sebab konon semua yang melabur dapat pulangan berganda dalam 3 jam saja, pandai betul mereka main peranan,” katanya.

Abby mengakui walaupun berasa was-was, beliau akhirnya tergoda dengan penipuan tersebut setelah melihat aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan Telegram itu dan mula melaburkan sebanyak RM4,000 sehingga ia melarat kepada RM 14,500.

“Walaupun nampak macam eh takkanlah semudah itu dapat pulangannya tapi macam terpanggil-panggil pula untuk melabur. Fikir punya fikir, terjebak akhirnya. RM 4,000 mula-mula ya bukan sikit (tapi) dijanjikan pulangan sebanyak RM 145,000 dalam masa tiga jam, siapa tak nak kan? Sebab dalam group macam siapa yang sertai semua dapat.

“Dipendekkan cerita lepas letak RM 4,000, kata (scammer) tak perlu buat apa dah, tapi rupanya kena bayar lagi RM 14,500. Sy tahan seminggu untuk letak lagi RM 14,500 untuk kos seterusnya sebab rasa sangat dah macam nak kena scam. Tapi itulah, duit punya pasal mereka punya sembang kat dalam tu pun bukan main lagi, tertipu lagi akhirnya. Transfer lagi RM14,500 untuk proses pencairan masuk ke akaun kita katanya,” kongsinya.

Abby bagaimanapun berhenti membayar selepas ‘scammer’ tersebut memintanya untuk memasukkan lagi wang sebanyak RM29,770 untuk mendapatkan pulangan pelaburan.

Katanya, belum itu individu yang pada awalnya melayani pertanyaan dalam kumpulan Telegram itu, kemudian ‘merujuk’ Abby kepada individu lain dengan tujuan untuk memasukkan keuntungan yang dikatakan sudah masuk ke dalam akaunnya.

“Tapi sebelum itu disuruh bayar dulu RM 29,770 untuk urusan bank. Haaa masa ni menyirap dah, baran dah datang! Kelapa hotak diorang berjambul, memang rasa sangat dah lebur la duit aku dapat ke geng ‘scammer’ vavi ni arrrghhh!” tambahnya.

Kejadian ini membuat Abby menyesal bahkan turut mengakui bahawa ia adalah kecuaian diri sendiri. Oleh itu, Abby menasihati orang ramai untuk berhati-hati dengan ‘scammer’.

Pada masa sama, beliau turut memohon pertolongan kepada sesiapa yang bekerja di CIMB Bank serta Hong Leong Bank untuk membantunya dalam menyelesaikan kes itu.

Perkongsian Abby itu turut dikongsikan oleh pengacara terkenal Fedtri Yahya di laman X untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pihak. – Getaran, 30 November 2023

Sumber: IG Abby Abadi.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN