web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Bagaikan Satu Mimpi”

Ronny Chieng tampil sebagai hos rancangan televisyen The Daily Show.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 4:24PM

Ronny Chieng di set The Daily Show. - gambar Facebook Ronny Chieng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak terkenal berasal dari Malaysia, Ronny Chieng menganggap diberi kepercayaan menjadi hos program wawancara dan satira lewat malam, The Daily Show sebagai suatu mimpi.

Chieng yang lahir dan membesar di Johor Bahru dan kini bermastautin di Amerika Syarikat itu meluahkan kegembiraannya dalam satu hantaran melalui akaun Facebook semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Chieng meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kerana diberi kepercayaan menjadi hos di rancangan tersebut,  suatu impiannya sejak dari dahulu lagi.

“Bagaikan satu mimpi Impian saya untuk menjadi hos @thedailyshow ! Terima kasih kerana mempercayai saya. Semua perkara baik yang berlaku kepada saya di Amerika adalah disebabkan rancangan ini.

“Dan terima kasih kepada John Oliver untuk semua nasihat selama ini dan kerana menjadi tetamu termubual terbaik yang pernah saya harapkan,” katanya.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepadanya dan menyatakan rasa seronok cara Chieng mengendalikan wawancara tersebut disertai dengan lawak jenakanya.

“Terima kasih kerana mewakili rakyat Malaysia. Seronok menonton rancangan itu, kami menyukai jenaka anda,”kata peminat di ruangan komen.

Chieng atau nama sebenar Ronny Xin Yi Chieng yang membesar di Johor Bahru, Johor bersekolah di Singapura sebelum melanjutkan pelajaran di Australia. Graduan undang-undang dari University of Melbourne memulakan kerjaya sebagai pelawak ketika berada di Australia.

Beliau pernah membintangi filem Marvel Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dan pernah tampil dengan siri sitkom Ronny Chieng: International Student untuk Australia Broadcasting Corporaton dan Comedy Central Asia pada 2017. – Getaran, 24 November 2023

Sumber Foto: FB Ronny Chieng

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN