Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lantang Bersuara Mengenai Palestin, Melissa Barrera Dipecat Dari Scream 7

Kenyataan Barrera dimuat naik melalui media sosial selepas beberapa jam seorang lagi pelakon, Jenna Ortega menyatakan tidak kembali membintangi faincais Scream itu.

Selebriti Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Nov 2023 8:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sikap lantang pelakon berasal Mexico, Melissa Barrera mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin terutama di Gaza, dikatakan menyebabkan beliau dipecat daripada membintangi Scream 7.

Bagaimanapun, keputusan syarikat penerbit, Spyglass Media Group, tidak menghalang Barrera untuk terus menyatakan sokongannya terhadap perjuangan rakyat Palestin, apabila beliau mengeluarkan kenyataan melalui media sosial, menyatakan kecamannya terhadap anti-semitisme dan Islamofobia.

Kenyataan itu dimuat naik selepas sehari beliau dipecat dari fancais Scream dan beberapa jam selepas pelakon Jenna Ortega mengumumkan tidak akan kembali membintangi filem tersebut.

Melalui perkongsian Instagram Story itu, Barrera berkata beliau mengutuk sebarang perbuatan kebencian dan prejudis terhadap mana-mana masyarakat.

“Sebagai seorang Latina, seorang yang berbangga sebagai Mexicana, saya menyedari tanggungjawab mempunyai platform yang memberikan saya keistimewaan untuk didengari, oleh itu saya cuba menggunakannya untuk memberi kesedaran mengenai isu yang saya ambil perhatian, dan meminjamkan suara saya untuk mereka yang memerlukan.

“Setiap manusia di muka bumi ini – tanpa mengira agama, kaum, etnik, gender, kecenderungan seksual atau status sosio-ekonomi- berhak mendapat kesamarataan hak asasi manusia, maruah, dan sudah tentu kebebasan,” katanya.

Barrera berkata, beliau percaya sekumpulan manusia bukan mewakili kepimpinan mereka, dan tiada badan pentadbir yang bebas daripada kritikan.

Selain itu, katanya, beliau sentiasa berdoa supaya tiada lagi kematian dan keganasan, serta mengharapkan kepada kewujudan bersama secara aman.

Tambahnya, beliau akan terus bersuara bagi pihak mereka yang sangat memerlukan dan terus menyokong keamanan dan keselamatan, untuk hak asasi manusia dan kebebasan.

“Berdiam diri bukan lah pilihan untuk saya,” katanya.

Barrera mula berkongsi hantaran berunsur pro-Palestin termasuk imej “Compassion Must Prevail” dengan kapsyen merayu kepada Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden untuk mendesak kepada gencatan senjata di Gaza.

Selain Barrera, Ortega juga dilaporkan sangat vokal mengkritik krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza melalui akaun Instagramnya.

Spyglass sebelum itu mengeluarkan pendirian syarikat berkenaan bahawa ia tidak bertoleransi dengan sebarang perbuatan anti-semitisme atau menghasut kepada keganasan.

Katanya, ia termasuk sebarang rujukan palsu kepada genosid, penghapusan etnik, penyelewengan Holocaust atau apa sahaja yang, yang disifatkannya, sebagai secara terang-terangan menjurus kepada ucapan kebencian. – Getaran, 23 November 2023

Sumber: Rollingstone.com

Foto: IG Melissa Barrera

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 8 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran