web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Sulung Suhaimi Saad Tunai Hasrat, Urus Jenazah Ayah

Ehmad Hadie Elfardie bersyukur dapat penuhi hajat Allahyarham, janji tidak tinggal solat

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 9:17PM

gambar FB Ina Naim, Inteam, @Muhamad Najib

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak sulung kepada bekas penyanyi kumpulan In-Team, Suhaimi Saad iaitu Ehmad Hadie Elfardie bersyukur kerana dapat menunaikan hajat bapanya, yang mahu anaknya itu menguruskan jenazahnya apabila beliau meninggal dunia.

Memetik laporan Kosmo, Ehmad Hadie Elfardie berkata, bapanya selalu berpesan untuk tidak meninggalkan solat dan memintanya untuk memandikan serta solatkan jenazahnya.

“Ayah selalu pesan solat jangan tinggal, itu perkara biasalah untuk menjaga (ibadah) semua tu. Lepas itu ayah pesan kalau boleh ayah tak ada nanti, mandikan dan solatkanlah ayah. Alhamdulilah dah tunaikan semua hajat-hajat ayah,” syukurnya

Difahamkan suami kepada Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim itu telah disolatkan sekali lagi di rumah keluarga Ina di Felcra Sungai Ara.

Ehmad bersama adiknya, Salman Elkhoyri serta kira-kira 200 ahli keluarga, rakan seperjuangan dan penduduk kampung hadir pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara sekitar jam 9.00 pagi tadi.

Suhaimi disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam semalam, Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan  dan empat orang anak. – Getaran, 16 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Suami Saya Sudah Tiada’ - Ina Naim

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Suhaimi Saad Di ICU, Perlu Bantuan Ventilasi - Ina Naim

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN